Tuesday, April 28, 2009

PIALA FA

Buat pertama kali dalam sejarah tanah melayu. Aku menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini Jalan untuk aku kesana pun aku tidak tahu.Semuanya gara-gara perlawanan akhir piala F.A. Yang mana menemukan dua pasukan merah. Pendekar Merah dan Gergasi merah. Aku..? namapun anak kelantan, takkan aku nak sokong gergasi merah pulak!. Dengan semangat yang berkobar-kobar. Ake bersama penyokong-penyokong THE RED WARRIORS seramai 50,000 orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.Sehari sebelum perlawanan, aku dengar cerita 20,000 tiket yang dijual di Stadium Sultan Muhammad IV habis. Sebanyak 200 buah bas ditempah untuk para penyokong. Itu tak termasuk yang datang dengan kenderaan persendirian lagi. Dan jugak belum termasuk kelantanese yang berada di perusuk tanah semenanjung. Fuh... memang ramai.
Aku, Mat Din dengan Faiz sampai di Stadium pukul 6.30 ptg. Nasib baik datang awal, sempat lagi jumpa parking walaupun hanya ditepi jalan. Lepas itu kami berjalan menuju ke stadium yang boleh tahan jauhnya. kalau parking dekat dengan stadium ni banyak masalahnya. Dah la nak masuk pun jem, nak keluar nanti pun jem jugak. Oleh kerana sampai awal sangat, maka kami pergilah makan di kafe berhampiran. Disitulah aku jumpa member-member lama. Kerry, P'lah, Miju antara member lama yang aku jumpa. Dah jadi macam reunion pulak. Dah berbelas-belas tahun tak jumpa, macam biasala. Topik pertama, semua duk kutuk aku yang semakin sehat. Sedar tak sedar hari sudah gelap. Selepas solat magrib diatas bendera kelantan (sebab surau penuh). kami semua berarak me pintu masuk stadium. Aku sempat lagi sambar T-Shirt The REDS WARRIORS. Baru nampak fanatik sikit.Tepat jam 9.00 malam. Perlawanan akhir piala F.A diantara Kelantan dan Selangor bermula.
Walaupun kemenangan berpihak kepada Selangor. Namun permainan amat seimbang. Penonton disajikan dengan perlawanan yang amat rancak dan sengit. Padat dengan aksi-aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan sehingga berlarutan kemasa tambahan. Walaupun Kelantan mendahului dengan tandukan cantik pemain tengah NurFarhan. Selangor berjaya menyama kedudukan 3 minit kemudian melalui ketua pasukan Amri Yahyah. Pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Ternyata pasukan Selangor lebih bersedia dalam tendangan penalti. Dan kemenangan berpihak kepada Selangor dengan kemenangan 4-1.
Walaupun Kelantan kalah pada perlawanan akhir Piala F.A. Rata-rata penyokong kelantan puas dengan semangat juang yang tinggi serta permainan yang menarik yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kelantan. Pendek kata, walaupun kalah, penantian selama 39 tahun untuk melihat pasukan Kijang beraksi seperti ini amat berbaloi. Sehinggakan aku sendiri tidak sempat duduk dikerusi. Tak puas bersorak sambil duduk, berdiri baru besh. Stadium nasional Bukit Jalil begitu gemuruh dengan sorakan padu penyokong-pengokong Kelantan yang memenuhi segenap ruang penonton. Belah penyokong Selangor nampak jugakla lopang-lopang kosong jika dibandingkan dengan kepadatan penyokong Kelantan.Walaupun kalah,Para penyokong kelantan telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti ensiden bakar kereta rusuhan. kalau setakat Citra sebijik pecah cermin tu apela sangat kalau nak dibandingkan dengan beratus-ratus kereta yang diparking dalam kawasan stadium, Lagipun sapa suruh parking dekat sangat dengan pintu keluar. Tahap disiplin yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan ini mungkin akan menjadi kredit kepada KAFA untuk membawa perlawanan tuan rumah balik ke Stadium Sultan Muhammad IV
Walau apapun, aku bangga dengan pasukan kelantan. Piala F.A bukan penamat segala. selepas ini masih ada 2 lagi piala yang menjadi rebutan semua pasukan yang bertanding. Liga super dan Piala Malaysia. Kelantan masih mampu menunjukkan aksi yang lebih hebat. Aku yakin kelantan akan ke final untuk kedua-dua piala tersebut. GOMO KELATE GOMO....

Wednesday, April 15, 2009

Aku Dan Bos

Kalau korang diberi kuasa atau power untuk customize Bos korang. Bos yang macammana yang korang nak. Yang senang nak ampu ke ?. Yang boleh dirasuah ke ?. Yang kerja cincai-cincai ke ataupun yang melayan segala permintaan korang ?.( Ikutlah orang nak kata apa, apa aku peduli?). Agak-agaknya yang jenis macammana yang korang nak ?. Kalau tanya aku,semua yang diatas aku nak. Kerana ianya akan menyenangkan kerja aku setiap hari. Tapi sayang, semuanya tadi itu impian pekerja-pekerja yang bekerja dibawah arahan Bos-Bos. Hakikatnya tidaklah secantik yang diimpikan. Mungkin satu dua karakter tadi ada pada Bos korang tetapi tidak pada semuanya. Korang masih lagi kena struggle, putar belit atau kelentong Bos korang bila ada situasi demi untuk menyelamatkan periuk nasi karen korang. Tidak kiralah macammana cara yang korang pakai. Asal tidak terjerat batang leher sendiri. Sebenarnya ianya adalah satu skill atau kemahiran yang setiap pekerja perlu ada. Skill nak mengampu, membodek penting untuk menjamin kerjaya korang. Skill kerja tu ada 50% sudah memadai. Jika perlu, Bos nak makan apa pun korang patut tahu jika itu jalannya untuk korang membodek dan mengampu Bos . Kalau setakat habis seringgit dua tu takkan nak berkira sangat jika nak dibandingkan yang dapat riban-riban.
Sepanjang riwayat aku bekerja ini. Dah bermacam-macam jenis Bos yang aku jumpa dan bermacam-macam skill pekerja-pekerja yang dipraktikkan untuk memenangi hati Bos. Kalau setakat depan ampu bukan main, belakang kutuk berbakul itu biasa saja. Aku pun kadang-kadang macam itu jugak. Masa aku mula-mula kerja dulu lebih kurang 10 tahun yang lepas. Aku dapat seorang Bos yang tidak tahu apa benda yang kompeni dia buat. Dia boleh jadi Bos pun sebab dia banyak duit. Dia boleh buka company sendiri dan dia boleh bayar gaji pekerja-pekerja dia. Tapi kedekut tak hengat. Segala urusan dan operasi syarikat diserahkan bulat-bulat kepada kerani SPM sambil dibantu oleh dua orang anaknya yang selalu cari jalan nak tipu syarikat bapaknya sendiri. Aku sempat jugak belajar skill-skill daripada anak dia. Macammana nak tipu resit minyak dan resit maintenance kenderaan syarikat. Bos macam ini jarang nak ambil tahu hal ehwal syarikatnya. Yang dia tahu hujung bulan cek client mesti sampai ke mejanya. Kalau tidak alamatnya lewatlah gaji pekerja bulan tu. Bab kerja belasah saja nak buat macammana. Janji jangan sampai dapat report daripada client. Kalau tidak gaji mesti kena potong. Aku lebih suka kerja dengan Bos yang macam ini sebab dia tak pernah nak ambil tahu pasal kerja aku. Cuma satu saja masalahnya. Time nak claim punyalah susah. Kalau claim banyak sangat dia akan bayar dua kali. Aku juga pernah kerja dengan Bos yang strict gila. Pendek kata dia tahu perihal kerja dari A sampai Z. Tak payahla hendak kelentong. Setiap alasan yang diberi mesti dia sudah ada jawapan yang panjang dan lebar. Toleransi itu pilihan yang ke 18 yang dia ada. Kalau boleh dia jawab, dia akan jawab sampai aku terdiam dan tidak boleh bagi alasan lagi. Bos yang macam ini memang tidak disukai oleh orang-orang bawahannya. Nak ajak member pergi sedut nakotin pun susah. Semuanya kena buat sorang-sorang. Kalau dia ada masalah pun dia selesaikan sorang-sorang walaupun kita rasa kita boleh tolong selesaikan masalah dia itu. Tapi kalau dia ada masalah dengan korang.. Haa...siaplah.
Sebenarnya aku bukannya ada masalah sangat dengan orang yang berpangkat Bos ini. Banyak tempat yang aku kerja, tidak ada rekod buruk dengan Bos ini. Kalau Bos yang nak memburukkan rekod aku tu adela. Aku tahu, bila menjawat jawatan Bos. Tanggungjawabnya bukan senang atau semudah yang pekerjanya fikirkan. Dia perlu bertindak dan berfikir berlangkah-langkah kehadapan terhadap setiap keputusan yang diambil. Bukan macam kita, kita fikir dalam ruang lingkup kita saja. Kita tidak pernah fikir apa yang dia kena menjawab dengan Bos dia diatas setiap keputusan yang dia buat. Sebab itulah setiap keputusan yang dia buat. Walaupun mudah bagi kita tetapi tidak mudah bagi dia. Bukan senang nak jadi Bos ni. Kalau sebab nak jadi Bos sebab nak kejar gaji tinggi. Kat tempat aku pun bersepah. Jadi Bos tapi tanya itu tak tahu, tanya ini tak tahu, harap bercakap saja pandai terus boleh jadi Bos. Kualiti dan kriteria sebagai Bos langsung tidak ada. Macammana tak jadi haru biru. Tapi macam itulah senarionya ditempat aku. Yang betul-betul ada kualiti boleh bilang dengan jari kaki kanan saja. Yang lain itu sebab membodek lebih, mengampu pandai terus boleh jadi Bos. Kalau tanya pasal kerja, satu haram pun tak tahu. Ada yang jadi Bos tetapi MC 3 kali sebulan, itu tak termasuk EL lagi. Aku tidak menafikan ada juga Bos yang menggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya sendiri. Manipulasi setiap situasi kononnya nak tunjuk pandai tetapi dia sendiri pun tak tahu. Ada juga Bos yang mewujudkan blok-blok dikalangan pekerjanya. Yang mana dia suka tu, minta la menjadah haram pun semua dapat. Kalau ada cadangan dari blok yang sokong dia selalu diberi pertimbangan walaupun tidak munasabah langsung. Tetapi kalau blok yang dia tidak suka ini,semua benda yang diminta di tolak bulat-bulat. Kalau ada cadangan yang munasabah pun disimpan buat pekasam.Kalau korang dapat Bos yang keparat macam ini. Memang patut korang resign. Duduk lama pun tak guna. Bonus yang dia kata dapat pun dia boleh putar belit kata tak dapat.Nak tunggu apa lagi. Kalau korang ada kerja kosong bagitau aku dengan kadar yang segera. Esok jugak aku boleh start kerja.
Pada pendapat aku, aku bukannya demand sangat dengan Bos-Bos ini. Philosophy aku tentang Bos ini senang saja. Masing-masing tahu jaga tanggungjawab dan commitment masing-masing, itu saja. Seorang Bos harus tahu dan prihatin dengan tanggungjawab dia terhadap orang bawahan. Dan juga dia perlu ada pengetahuan dalam bidang tugas kuasa dia serta skop kerja orang bawahan dia. Dia juga perlu ambil tahu daripada A sampai Z setiap bidang kerja yang orang bawahan dia buat. Dengan itu barulah dia faham, takdela nak bagi arahan membuta tuli suruh buat tu buat ni.Dah la suruh benda yang orang tak boleh buat, lepas tu tanya feedback. Kalau tak menepati kehendak dia. Mula la nak marah. Padehal kalau suruh dia buat pun belum tentu jadi. Sebagai pekerja pulak, kenalah tahu apa tanggungjawab terhadap Bos. Tahu ruang lingkup bidang kuasa dan posisi dia. Ini tidak, macam-macam mintak dengan Bos. Sampai benda yang tidak masuk akal pun demand. Dah Bos bagi macam tu buat sajalah. Bukan dia tak bayar gaji pun. Ini tidak, demand lebih-lebih. Pastu tak puas hati, bukak meeting majlis mesyuarat tingkap. Nak sound Bos direct tak berani. Hampeh betul.
Akhirulkalam. Aku teringat pesanan ayah aku tentang Bos ini. Ayah aku dulu askar wataniah. Masa dia jadi prebet, dia selalu tidak puas hati dengan Sarjan. Dia kata Sarjan tak faham la, tak bagi buat itu ini la.. macam-macam. Ditakdirkan sebelum dia pencen, dia sendiri dinaikkan pangkat menjadi sarjan. Barulah dia tahu betapa besarnya tanggungjawab menjadi seorang sarjan. Setiap arahan yang dikeluarkan semuanya bersebab. Bukannya kerana tidak faham anak buahnya. Moral of the storynya, Jangan suka kutuk Bos sesuka hati (kecuali Bos korang tu memang kaki belit). Sebab tindakannya pasti ada sebab musababnya. Kalau tidak tahu kenapa dia macam itu, tanya dia directly. jangan main kutuk membuta tuli. Suatu hari nanti, korang juga akan menjadi Bos. Dan korang pun tak nak jadi Bos yang selalu kena kutuk.

Wednesday, March 25, 2009

Aku dan kereta

Sebenarnya, aku dah berhajat untuk pencen dalam arena permotoran ini. Ingat nak pakai kereta macam orang lain. Beli macam tu, pakaila macam tu sampai hancur. Tidak ada nak bikin sana-sini. Tapi semangat nak pencen itu tahan setahun je. Sekarang ini dah mula balik nak buat itu, buat ini. Tambah pulak tidak senang duduk tengok si Faizal ni bikin kereta dia (saja nak menunjuk kat aku). Mula-mula sarung rim ssr 16"., pastu bikin ekzos, sekarang ni nak masuk 4G93 pulak (Pasang power window tu dulu...). Huishhh... memang aku tak senang duduk. Kereta aku pun stended gaban lagi. Setakat masuk VR TE41 tu tak mendatangkan apa-apa kesan pun. Ingat nak buat biar gempak lagi. Alang-alang menyeluk pekasam. Kita sama-sama tengok la nanti..
Aku dan kereta ini mempunyai sejarah hidup yang panjang. Sampai aku lupa yang mana satu datang dulu. Baligh dulu ke, pandai bawak kereta dulu(wakakaka.....). Biasalah, zaman budak-budak dulu, kereta siapa lagi nak rembat kalau bukan kereta mak bapak kan?. So, Aku belajar memandu dengan kereta toyota ke30 (rear wheel drive). Nasib baik masa itu sukan drift belum masak lagi dengan arena permotoran di Malaysia. Kalau tidak aku dah terror giler jadi drifter. Dengan KE30 itulah aku belajar pemanduan jarak dekat. Setakat pegi bandar, main cilok-cilok cara amatur dan tarik gear sikit-sikit tu biasala. Masa itu kalau dah cecah 100 km/h tu dah laju giler. (jalan kat kota bharu pun mana ada yang panjang). Dalam masa itulah juga aku start menaruh minat dengan komponen-komponen kereta. Waktu budak-budak lain yang seusia dengan aku tengah gian dengan kapcai. Aku dah bypass, belajar part-part kereta. Walaupun secara teknikalnya aku tidak pernah buat. Tetapi secara teorinya aku dah faham tatacara perjalanan sesuatu kenderaan. Tetapi pada hakikatnya, kenderaan rasmi aku hanyalah sebuah basikal 18 kelajuan (Lerun mountain bike).wakakaka.....
Perjalanan jarak jauh aku bermula apabila aku habis SPM. kalau setakat perjalanan Kuala Lumpur- Kota Bharu tu. Aku dah hafal, siap boleh bilang berapa lubang atas jalan. Pada masa itu, kenderaan rasmi ialah proton saga magma (DU2318). yang sepupu aku punya. (ntah mana pergi dah kereta tu). Dengan kereta itulah aku mula berjinak-jinak dalam arena pemanduan professional. Mana tidaknya, masa tu kalau bawak kereta tau nak tekan jek. Kalau setakat satu enam tu biasa je, siap boleh nyalakan api rokok Suria lagi ( dah la api rokok suria cepat padam). Dengan tingkap tak tutupnya.Dengan jarak perjalanan KB-KL 485Km. Aku selalu main time attack dengan sepupu aku. Tapi sampai sekarang aku tidak puas hati. Sebab dia mendakwa dapat buat rekod 3 jam dengan jarak tersebut. Sampai kehari ini aku tidak dapat pecahkan rekod tersebut. Paling laju pun aku dapat catat masa empat jam setengah. Itupun aku bawa supercar (war 802). nanti aku cerita pasal super car. Tapi sekarang dah lain. Bas ekspres sekarang pun boleh buat 5 jam. Jalan dah elok. Tak se advanture dulu dah. Tapi itulah. Dengan jalan lama KB-KL lah aku belajar bermacam-macam skill teknik pemanduan. Cara nak enter/exit corner,gear shifting,acceleration dan yang paling berharga sekali. apa nak buat kalau nak speeding dalam hujan tanpa ada air-cond.(wakakaka...)
Setelah aku diterima masuk belajar di UIA. maka secara automatiknya bermulalah satu episod baru dalam arena permotoran. kalau dulu setakat bawak kereta untuk perjalanan jarak jauh. Sekarang ni bermulalah episod memandu kereta dalam bandar Kuala Lumpur.Bunyi macam gempak aje. Tapi boleh tahan jugalah susahnya. kalau tak kena gaya, dapat label driver kampung masuk bandar. Orang sampai ketempat yang nak tuju ambil masa 20 minit, kita amik masa satu jam. Tetapi aku agak bernasib baik. Sebab masa cuti semestar III selama 3 bulan. Aku sempat jugak jadi driver van security.Masa itu bawak van Vannete C22 (WFU231). Perjalanan dari Damansara Kim ke neraka dunia, Ops silap, Jalan P Ramlee.Tapi masa itu aku tinggal di Selayang. Tahun 1998, sempat jugak la aku merasa jalan lama Selayang-Kepong- TTDI.Satu hari 2 kali aku ulang alik dari Damansara ke KL. Jaraknya 150Km tapi budget minyak cuma Rm20 (masa itu minyak 0.90 seliter). Penat memang memenatkan sampai kekadang tu rasa macam nak pulas stereng pakai kaki. Sebab shift pengawal keselamatan ini start pukul 7 pagi sampai 7 petang. Tiap-tiap pagi kena turun rumah pukul 5.30 pagi. Jadi sempatlah merembat dengan lori ayam pasar borong selayang tu. Korang tak tahu. Bunyi je lori ayam, tapi laju wooo.....!!!. Siap pakai straight piping. Sekali tarik gear, habis beruk-beruk kat bukit lanjan bangun. Dengan lori ayam ni, aku sempat la belajar beberapa skill. Selama 3 bulan aku jadi driver, memang dah expert dengan jalan-jalan dan gaya pemanduan di KL ni. Moral of the story. Bak kata orang tua, kalau nak belajar bawak kereta dalam bandar KL ni, kena pegang stereng sendiri. Kalau setakat duduk sebelah.Baik naik teksi.
Ini bab yang paling menarik dalam sejarah aku dan kereta. Selepas aku pencen jadi driver,aku balik ke main camp dan kembali belajar macam biasa. Masa ni lah aku dikenalkan dengan WAR802.Asalnya kereta ini kereta terbiar. Betul-betul terbiar. Selepas itu sepupu aku amik buat kereta projek. Model keretanya ialah Ford Laser hatcback 1.3GL tahun 1982. Aku ingat lagi tahun keluarannya sebab ada satu cina kedai potong cakap dia jumpa wiper gear ford tahun 1982 masa pegi mancing kat lombong (nak kencing aku konon, kat kelantan mana ada lombong). Kembar seiras kepada Ford laser ni ialah Mazda familia 323. Kalau tengok dari luaran, memang takde yang menarik. Rim besi 13", Ekzos batang paip, bay enjin pun suci murni. Tetapi bukan sekadar luaran. Kuasa enjin memang menakjubkan. Dengar ngauman enjin memang amat menakutkan. Aku dan sepupu aku pun tak tahu kenapa. Dah nama pun kereta projek,so eksperimen pun bermulalah dari satu peringkat ke satu peringkat. Kalau dulu sekadar belajar teori, tapi kini dah belajar praktikal. Pit yang tetapnya di Batu 2 jalan Pengkalan Chepa. Pit sementara di mana-mana, asal tempat ada lampu semua jadi. (Stesen minyak SHELL Gua Musang pun bleh jadi pit tempat tuning carb,nasib baik je tak bukak head enjin untuk set valve bar).Sifu diimport khas dari Siam (bini ada tiga). Dengan pomen siam nilah aku berguru sampai sekarang tak habis-habis lagi. Banyak benda pasal kereta aku belajar dengan dia. Bahan experimentnya kereta itulah. Jadi mulalah start buat satu-satu, skim flywheel,, rebore carb, setting enjin, adjust handling dan macam-macam lagi. Pendek kata, dengan pomen siam dan bahan ekperimen itulah aku mula kenal sebuah kereta luar dan dalam. Hasilnya memang menakjubkan. Dan la enjin power giler, kompressor air-cond takde,motor power stering takde.Kereta memang boleh blah. Stakat satu lapan tu padan dengan gear tiga jek. Pernah sekali tu aku pergi cilok masuk sekumpulan satria yang tengah main kat trek karak( masa tu tengah on da way nak balik KB). Bukan setakat yang nombor lima, yang nombor satu pun aku tapau sekali. Wakakaka.. Kadang-kadang aku heran jugak budak-budak main kereta ni. Tengok kereta punyalah gempak, ekzos besar gedabak.Bunyi bukan main bising tapi senang-senang kena tapau ngan kereta buruk. Masuk selekoh pertama nampak lagi, masuk selekoh kedua dah hilang. Hampeh.... Selain daripada kereta ini laju, ia juga mempunya tahap pengendalian yang terhebat. Layan corner memang terbaik. Itulah kelebihan yang paling ketara yang ada pada kereta ini. Yang mana sampai sekarang pun aku belum jumpa lagi kereta yang dapat menandinginya. Dekat-dekat tu adalah,contohnya satria dan wira. System gantungan kereta ini memang superb. Tak sama dengan kereta jepun lain. Untuk satu tayar saja dah pakai bushing sampai 30 bijik. Tetapi riwayat kereta itu tamat di gaung disungai koyan. Lepas tamat riwayatnya barulah terungkai misteri nusantara tentang kepoweran WAR802. Rupanya diluar saja 1.3, tapi enjin dah rebore, pakai piston B6 1.5. Dahla carb twin stroke, flywheel skimmed, beban enjin takde langsung. Mana tak laju. Tapi itulah war802.
Selepas aku masuk ke dunia kerja. Kereta pertama aku ialah Satria (WEM1268) kaler merah. Kereta tak de la power sangat. Biasa-biasa saja macam yang aku tapau dulu.Nak bikin ekstrem sangat takut malu kena tapau ngan orang lain pulak. Tapi dalam pada itu, sempat jugak la sarung flywheel supertouring. Nak sedap pandu, bukan nak buat race. Tetapi untuk Satria ini aku banyak tambah aksesori daripada bikin performance. Nak laju-laju pun rasa macam dah tua (masa itu la). Setelah tiga tahun dengan satria ni, aku bertukar pulak pakai wira se. Niat pada asalnya, dengan wira se inilah aku nak pencen dalam arena permotoran. Sekarang dah kahwin, anak pun dah sorang. Jadi memang patutlah kalau aku pencen. Macam aku cakap diawal tadi, semangat pencen tu hanya kekal setahun jek. Lepas tu dah rasa tak sedap sana-sini bila bawak wira tu. Dengan spring rendah belakang daripada depannya, dengan sport rim berat 10 tannya dan handling yang membuai-buai. Nasib baik enjin boleh blah.Jadi langkah pertamanya aku tukar sport rim 10 tan tu dengan Volk Racing TE41( sekarang ni tengah bercita-cita nak sarung advan rg 16". Nak tanyang kat faizal). Lepas itu lapik spring pakai bushing 3" (jinjang la sikit. Cuma sekarang ni, handling yang membuai-buai tu belum setel lagi.Tapi belum terfikir lagi sampai nak tukar pakai 4G93. Ingat untuk first stage ni nak tukar apa yang patut dulu. lampu belakang yang pecah tu belum tukar lagi. Tayar pun nak kena tukar jugak (bosan tayar besar macam tayar lori, tak pick up langsung). Pastu nak pasang stablelizer bar (kasi layan korner cun sikit).
Aku rasa cukup la dulu dengan apa yang aku tulis pengalaman aku dengan kereta. kalau diikutkan, memang banyak pengalaman aku dengan kereta. Itu antara yang paling diingati. Petua aku dalam sejarah pemanduan senang saja, kalau bawak kereta 1.3, jangan takut untuk follow kereta yang lebih besar contohnya 1.8 (paling tidak pun ko boleh tapau dia masa korner). Tapi dengan satu syarat. Ko sendiri kena berkapasiti 2.0. Satu lagi, sebelum korang bawak kereta, korang kena 'berkenalan' dulu. Cari kelemahan dan kelebihannya. Nescaya selepas itu korang dan kereta akan menjadi satu dan secara tak langsung menjadikan pemanduan bertambah hebat.

Thursday, March 19, 2009

Penyakit Masyarakat

Kalau aku tanya korang. Apakah perbezaannya diantara mengumpat, mengata, cakap belakang atau mencela?. Bagi aku, semuanya sama sebab semuanya datang dari mulut. Semuanya sama sebab datang dalam satu pakej dan tidak dijual berasingan. Sebab semuanya ada kaitan diantara satu sama lain. Agak cacatlah kalau ada satu sahaja komponen dalam set pakej tadi atau pun semua komponen pakej ada cuma satu sahaja yang tidak ada. Selalunya, set pakej tersebut boleh mendatangkan kemudharatan yang serious kerana ianya boleh menyebabkan ketagihan. Sekali bercakap, esok nak cakap lagi. Lusa nak cakap lagi dan begitulah seterusnya. Lebih kurang macam perokoklah ketagihannya.. Tak makan pun tak apa. Asal dapat rokok pun jadilah. Begitulah juga dengan wabak ini. Tak makan pun tak apa. Janji ada bahan untuk ditokok tambah supaya penceritaan itu menjadi lebih menarik. Kalau sehari tidak ada wabak tersebut. Maka rasanya macam tidak lengkap 24 jam. Ada banyak tahap keseriousan tentang wabak penyakit ini. Bagi ditahap beginner atau diperingkat awal. Kesannya tidaklah begitu bahaya sangat. Masih boleh dibanteras dengan bekalan ubat-ubatan yang diambil mengikut jadual. Selalunya pesakit bukan seorang pembawa virus. Cuma penokok tambah atau pendengar yang setia. Cerita yang disampaikan cuma habis disitu sahaja dan tidak dimediamassakan kepada orang lain. Pesakit-pesakit begini banyak tidak selalu memenuhi wad-wad kerana proses pemulihannya yang amat cepat. Pesakit tahap kedua ialah intermidiate iaitu tahap pertengahan. Pesakit ditahap ini amat bahaya jika dibandingkan dengan pesakit tahap beginner tadi. Sebab kadang-kadang ianya boleh menjadi pembawa wabak. Bergantung kepada kehangatan topik yang dibawa samada sensasi atau tidak. Namun begitu pesakit ini masih ada jalan untuk disembuhkan. Tidak perlu pengambilan ubat-ubatan yang banyak. Cuma perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, mesra dan bebas dari wabat-wabak tersebut. Pesakit ditahap ketiga iaitu tahap kronik ini memang bahaya. Sudah tidak ada penawar ataupun ubat-ubatan yang mampu menyembuhkannya. Kecuali kesedaran itu datang hati dalam (pernah berlaku dalam sesetengah kes). Pesakit tahap ini memang pembawa wabak. Kalau bukan pembawa wabak pun, ianya akan bertindak sebagai tambahan kepada wabak yang dibawa oleh pesakit lain. Ianya boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Jika wujud pesakit ini dalam satu-satu kemuniti, ia mampu menyebarkan wabak secara solo dan juga mampu untuk menarik mangsa menyertainya. Pesakit tahap ini memang responsif terhadap keadaan sekelilingnya. Ini kerana ianya merupakan sumber kepada topik ataupun modul untuk di sampaikan. Sehinggakan yang lalu didepan mata pun boleh diulas setebal buku. Kalau setakat khidmat nasihat atau kaunseling memang tidak boleh dipakai langsung terhadap pesakit ini. Ini kerana dialah wabak yang paling sempurna. Yang paling raja dikalangan wabak-wabak lain. Sebab itulah dia berupaya untuk membuat penyebaran yang luas dan mempengaruhi orang lain.
Itu baru bincang bab tahap/ level-level keseriousan. Belum masuk bab ciri-ciri lagi. Korang rasa apakah ciri-ciri pengidap wabak ini. Sebenarnya banyak ciri-ciri yang korang boleh kenali pesakit ini. Ciri-ciri yang biasa yang semua orang tahu macsm yang dibincang tadilah. Ketagihan yang melampau. Faktanya, dalam satu hari mesti ada topik untuk dibawa mengumpat. Kalau tidak kecil,besar. Kalu tidak besar, kecil. Kalau korang tidak percaya.Cubalah buat kajian sendiri. Selain daripada itu, pesakit amat gemar untuk mengulas topik-topik yang berkenaan dengan keburukan orang. Habis orang itu, orang ini pulak yang diulaskan. Korang jangan terkejut kalau sabahat rapat korang juga merupakan pesakit wabak ini. Siap-sedialah korang, habis sampai kedalam seluar dalamlah didedahkan. Tapi jangan bimbang, sebabnya pendedahan hanya berlaku dikalangan pesakit-pesakit wabak sahaja. Paling teruk pun kepada individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pesakit.Ciri-ciri yang ketiga ialah pesakit ini ada sindrom hipokrit. Memang hipokrit kelas satu. Pesakit ini boleh manis mulut depan orang, baik dan boleh dibuat teman rapat. Tapi dibelakang , terutamanya bila dikalangan pesakit-pesakit lain, begitu hebat mereka bercerita. Sehingga ke setiap detail yang korang ceritakan . Dia dapat menghuraikan dan menceritakan dengan baik kepada orang lain. Ciri-ciri keempatnya ialah double standard. Sebagai contoh. Jika sesuatu ensiden berlaku kepada individu lain. sebagai contohnya koranglah, habis satu kampung dicanangkan cerita itu. Padahal tidak ada kaitan pun dengan dia. Kalau tak jaja pun dia tak rugi apa-apa. Tapi nak buat macammana, nama pun pesakit. Tapi kalau perkara yang sama berlaku atas batang hidung sendiri. Dia buat tak tau je. Buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Bahkan dia akan marah kalau orang lain duk bercakap mengenainya. Dia lupa, masa dia duk bercakap pasal orang lain pun. Bukannya orang itu ada hutang dengan dia. Ciri-ciri yang terakhir ialah korang jangan pandai-pandai nak tegur, bergurau dengan pesakit ini kecuali kalau dia mulakan dulu. Sebab akibatnya akan dibalas balik dengan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakitkan hati. Siapa yang malu (Lu Pikir La Sendiri). Jadi untuk mengelakkan tragedi tersebut daripada berlaku, senang saja. Yang mana pakai kain, jaga tepi kain sendiri. Yang mana pakai seluar, jaga tepi seluar sendiri. Tak payah duh sibuk-sibuk duk jaga tepi kain/seluar sorang. Omputih kata MIND YOUR OWN BISNESS.
Kalau nak bincang bab ciri-ciri ni, lusa pun tak habis. Jadi kesimpulannya. Wabak ini amatlah menjijikkan. Sebabnya wabak ini menjadi parasit dalam komuniti kita. Tidak perlulah aku huraikan dari sudut agama sebab aku rasa semuanya beragama Islam. Dan semuanya tahu, sembahyang sampai lebam dahi pun tak guna kalau ngumpat sama banyak. Tetapi ada jugak orang yang menggunakan hukum- hakam untuk menhalalkan virus ini. Double standard betul. Aku pun sebenarnya bukan baik sangat. Aku pun pernah jugak menghidapi virus ni. Keturunan aku pun bukannya datang dari keturunan malaikat. Aku juga pendendam. Sekali orang buat onar dengan aku, sampai mati aku akan ingat. Sebab itulah aku karang issue ini. Paling kurang pun, bila aku baca balik. Aku akan lebih berhati hati supaya tidak terjebak. Dosa sendiri pun tak tertanggung. Ni kan pulak nak tanggung dosa orang. NA'UZUBILLAH. Aku tulis ini untuk renungan aku sendiri. (Nama pun blog aku, ikut suka hati aku la nak tulis apa). Kalau ada yang membaca, lihat dari sudut positif untuk muhasabah diri. (Silap-silap apa yang aku tulis ni pun boleh jadi bahan. Panas cuping telinga la tu ). Akhirkata, Ibarat Sabda Rasulullah S.A.W " berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan,jauh jauhlah kamu kepada kemungkaran). Oleh itu, sebar-sebarkanlah terutamanya terdapat pesakit ini dalam komuniti kalian.

Shahrun Goes To Traning

Satu minggu diminggu lepas aku tidak masuk office. Kena training kat luar. Management panggil PIP training. Training ini berkaitan dengan praktikaliti pemasangan internet jalurlebar dari A sampai Z. Walaupun tidak 100% berkaitan dengan aku. Tapi aku rasa ada patutnya untuk aku turut serta dalam latihan ini. Best jugak sekali-sekala keja diluar office ni. Training ini pada dasarnya mendedahkan staff kepada pemasangan streamyx bermula dengan pemasangan telefon. Aku berpeluang untuk buat jumper pemasangan streamyx di MDF (Main Distributor Frame ) di exchange TTDI. Disamping itu, mereka juga menerangkan flow, tataperjalanan dari kabel telefon, kemudian masuk kepada ibusawat DSLAM (Digital Subscriber Line Access Multiplexer) sebelum keluar ke BRAS (Broadband Remote Access Server) . Bunyi macam senang je. Tapi tidak mudah untuk dilakukan. Aku pun dua tiga kali jugak blur sebelum dapat gambaran yang jelas. Tetapi aku dapat pengalaman yang begitu berharga. Sebelum ini aku tidak tahu untuk membaca SAMS Order detail.Reti buat order je. Detail order sepatah haram pun tak tahu. Tapi sekarang ini tidak lagi, aku sudah pandai untuk membaca ADSL pair, Si/Sa in out sampai baca VCI IPDslam pun aku tahu.(hahaha...). Selain daripada process flow, aku juga ikut RNO team pergi site customer. Handle TR Streamyx dan Phoneline daripada exchange sampai ke rumah customer. Dalam 5 buah rumah customer yang aku pergi. Hanya satu sahaja yang betul-betul ada masalah. Lagi empat tu semuanya customer equiptment problem. Salah masuk splitter la, salah configure dialer la, internal wiring la. Itulah, masa agent first level suruh troubleshooting tak nak buat betul-betul. Pastu kena tunggu RNO datang. Dah rugi dua tiga hari tak dapat internet. Sape rugi, mereka dan keluarga mereka. keluarga aku tak rugi apa-apa.
Setelah dua hari aku on site (belajar praktikal plus ngular sikit-sikit). Hari yang ketiga ada kelas teori. Yang mana aku rasa agak penting juga untuk dipelajari. Tambahan pulak dalam kelas itu hanya ada tiga orang murid tua (termasuk aku). Kalau tak beri perhatian malu la kat budak-budak. Tambahan pulak, berpeluang untuk belajar dengan lebih terperinci daripada orang yang lebih berpengalaman. Tetapi aku sedikit kecewa dengan perilaku TL first level yang sekelas dengan aku ni.Aku tahu knowledge dia orang dalam bab teknikal ni kurang (lebih kurang aku je ). Tapi perangai ngalah budak yang baru belajar. Dengan buat bisingnya, pastu buat joke masa instructor bagi penerangan kat depan. Diaorang sepatutnya malu la sikit. Kalau tidak malukan kat aku pun, malu kat budak-budak lain. Ini tidak, dia pulak yang lebih-lebih. Tak sedar diri langsung yang dia itu TL. Itulah tabiat orang Malaysia. cakap je KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN. Tapi tidak ada tauladan pun boleh jadi ketua. Berbalik kepada kelas teori. Dalam masa tiga hari itu macam-macam yang aku belajar.Daripada nerwork diagram, troubleshooting yang betul dan last sekali, hands on modem configuration.
Kesimpulan daripada training 5 hari yang aku pergi. Aku puas. Tetapi kalau dua buat 10 hari pun tidak ada masalah.Banyak ilmu-ilmu, tips and tricks yang aku belajar dari orang-orang yang berpengalaman. Kalau setakat Pizi yang poyo tu tanya troubleshoot slow throughput/ modem no connectivity tu kacang je nak jawab. Over all baguslah. Aku suka pergi training-training yang macam ini. Lain kali buatla lagi, hahahaha.....

Tuesday, March 17, 2009

Buli

Kalau tidak kerana adik aku. Aku tidak mahu untuk menulis tentang buli ini. Sebab kecik-kecik dulu pun aku kena buli jugak. Tapi takde la seteruk budak sekarang kena buli. Munggu lepas, boleh dikatakan hari-hari keluar cerita pasal adik aku. sekali pikir, nak je aki balik KB, pergi belasah budak tu. Dammit... Ceritanya macam ini. Mengikut penceritaanmangsa (adik aku). Dia telah menegur sorang budak (yang agak samseng) yang sama kelas dengan dia. Sebab budak ini bising sangatdalam kelas. Adik aku ni pengawas. Selalunya dia buat tak tahu je dengan budak ni. Walaupun budak ni selalu mengejek-ngejeknya. Tetapi pada hari itu, budak ini buat bising masa subjek kegemaran adik aku. Dah la duduk dibarisan hadapan kelas. Adik aku tegurla. Lepas itu cikgu suruh dia pindah duduk dibarisan belakang. Rakan-rakan sekelas lain mulalah mentertawakan dia.Maka tercetuslah dendam kesumat dengan adik aku sebab gara-gara teguran adik akulah dia ditertawakan. Kepala samseng kampung dusun mana boleh kenan ejek. Selepas sekolah, dia kumpulkan beberapa sukarelawan yang sekepala dengan dia untuk belasah adik aku. Dia nak belasah sorang tak berani sebab adik aku ni besar pada dia.nak dijadikan cerita, hari Ahad lepas iaitu hari akhir adik aku kat sekolah itu. Keesokan harinya dia dah masuk sekolah teknik.( memang cita-cita dia ni). Jadi sikepala samseng ini dengan geng-geng dia tunggulah adik aku diluar kawasan sekolah. Sampainya adik aku ditempat yang ditunggu, dibelasahnyalah. Kalau satu lawan satu tak ape, ini enam lawan satu mana adil. Ultraman pun kalah (kata anak aku Zidane). Agak teruk jugakla kena belasah. Disepak, diteranjang,ditampar dam macam-macam lagi. (Tak sanggup aku nak bercerita panjang. Nanti aku pulak yang naik angin). Yang nasib baiknya ada sorang makcik yang kebetulan lalu dekat situ meleraikan ensiden itu sebelum menjadi lebih ganas. Lepas geng samseng itu lari, adik aku pun baliklah kerumah dengan keadaan yang teruk. baju seluar yang koyak,lebam sana-sini dan dia trauma. Bapak aku pulak baru saja balik dari Gua Musang. Penat drive kereta 3 jam pun tak habis lagi,terus bawak adik aku pergi buat laporan Polis kemudian buat medical check up. Sepupu aku pulak pergi laporkan kejadian tersebut ke media cetak. Apa lagi, keesokan harinya gemparlah satu malaya pasal kisah ini. Ayah aku marah bukan kepalang. Yelah orang belasah anak bongu dia mana dia tak marah. Dah la ramai pulak tu. Pada hari perjumpaan dengan Pegawai PPD,Polis,Guru dan Ibubapa. Menurut mak aku. Ayah aku bantai kaw-kaw. Bukan sahaja Mak Bapak budak tu je yang kena, Cikgu sekolah pun turut kena tempiasnya. Ayah aku cakap pihak sekolah sepatutnya sudah mengambil tindakan sejak dari dulu lagi. Jangan tunggu sampai ensiden ketiga baru nak bertindak. Memang kelakar. Rupanya adik aku itu mangsa yang ketiga dibelasah oleh geng yang sama dalam masa sebulan. Maknanya sebelum ini dah ada yang kena belasah. Cuma tiada laporan yang dibuat. Perjumpaan yang pertama tidak mencapai apa-apa kata putus sebabnya bapak aku masih belum fikir lagi apakah bentuk tindakan yang mahu diambil. nak serah kepada polis ke, atau nak ambil tindakan di mahkamah ke, atau nak bagi kat aku suruh tibai balik. Sekarang ini Alhamdulillah. Adik aku sudah kembali normal. Dia ooun diberitakan seronok memulakan kehidupan dipenempatan baru di Sekolah Teknik Pasir Mas. Pihak sekolah dan rakan-rakan telah memberi jaminan yang mereka tidak akan berkompromi dengan kes-kes yang semacam ini.Itu kata bapak aku la. Tapi bagi aku, dendam kesumat masih belum reda. ( Aku ni pendendam). Kalau boleh, bila aku balik ke Kota Bharu nanti. nak je aku jumpa sorang-sorang. Saja nak kenal muka supaya senang nak pilih mangsa untuk aku langgar lari nanti. Kali ini tak ape mereka terlepas. Bak kata orang-orang tua. Ada ubi ada batas, ada hari aku di Kota Bharu, akan aku balas.. YAK DISHHH......

Wednesday, February 25, 2009

Diet Oh Diet

Semua makhluk diatas mukabumi ini kalau dah mengalami obesiti (macam aku) akan bercakap pasal diet. Zaman sekarang ini, bermacam-macam cara yang boleh digunakan melalui pelbagai-bagai sumber yang ditemui untuk menguruskan badan. Tak kiralah ianya berkenaan dengan cara hidup, gaya pengambilan makanan, nutrisi, pengambilan ubat-ubatan dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, dah ramai peniaga-peniaga dan syarikat-syarikat yang menjual produk kelangsingan ini dah jadi kaya raya.Cuma yang berjaya dengan produk tersebut amatlah kecil bilangannya.Dari dulu sampai sekarang, beribu-ribu produk ada dipasaran. Sampai aku pun confuse nak cuba produk mana yang betul-betul berkesan.Susah jugak badan besar macam ni. Bukan setakat tak hensem, nak cari baju pun payah.
Dalam banyak-banyak produk. Satu persamaan yang dapat diambil ialah, semuanya bersependapat dengan diet atau cara pengambilan makanan. Dengan erti kata lain, makanlah produk yang berharga 5 juta pun kalau tak diet tak jadi ape. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan. Semua jawapan adalah sama. Kalau tidak ada kawalan dalam pengambilan makanan dan tidak bersenam. Semuanya tidak berbaloi. Oleh sebab itu. Cara pengambilan makanan dan senaman adalah asas kepada diet itu sendiri. Terpulanglah, macammana gaya pengambilan makanan yang korang suka. Banyak petua-petua diet di internet. Sebagai contoh diet, ada yang mengamalkan corak pemakanan dengan tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ada juga yang mengamalkan diet dengan mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat, sayur-sayuran. Semuanya betul. Member aku sarankan diet yang berkesan ialah tidak menjamah nasi selama 44 hari. Aku tanya kenapa kena 44 hari. Dia pun tak tahu.Persoalan yang sebenarnya. Tahan atau tidak kita nak melawan nafsu makan untuk ikut diet tersebut. Susah jugak sebenarnya, tak semudah bagai dikata. Macam aku, kalau perut dah bersuara kata lapar. Dah tak boleh nak buat dan nak pikir apa dah. Nak tak nak kena makan jugak laa. Pastu bila dah kenyang baru bersemangat balik nak diet. ( tak yah gelak, korang pun sama jugak kan?) Jadi, kalau dah selesa mengikuti diet yang teranciang tu. Barulah kita boleh memilih untuk mengambil suplement/nutrisi lain bagi mengisi ruang-ruang kelaparan itu. kalau diet yang betul, tambah pulak dengan produk-produk diet yang berkesan. Tidak mustahil, kita akan dapat mengurangkan berat badan dalam tempoh yang amat singkat. Sebenarnya kalau diet tanpa sarapan pun sudah cukup untuk mengurangkan berat badan. Tapi lambat sikitla berbanding dengan diet beserta suplement/ nutrisi tambahan. Sebab diet sebenarnya merencatkan pemerosesan badan kita untuk menghasilkan tenaga. Maknanya kalau kita tidak menjamah makanan, mana datangnya tenaga untuk kita bergerak. Itu yang menyebabkan badan kita cepat letih dan tidak bermaya.Oleh sebab itu, pengambilan manakan gantian/nutrisi/suplement akan mengantikan zat-zat makanan yang hilang tadi untuk menghasilkan tenaga. Jadi kita tidak akan merasa mudah letih dan rasa bertenaga. macam inilah makanan gantian main peranan dalam diet management kita.Lepas itu kita akan dapat hasilnya. Jangan terkejut kalau selepas diet, berat badan anda boleh berkurangan sehingga 10kg. Pastu jangan tak maintain pulak. Ini tidak, masa diet ambil masa 1 bulan untuk turunkan berat badan. Bila dan nampak perubahan, gembira sangat sampai dah tak maintain. At last, naik balik dan yang paling buruk, lebih berat daripada sebelumnya.
Aku tidak kisah sangat pasal diet ni. Pada aku, mengambilan diet yang sistematik memang perlu tambahan lagi kalau dah badan macam aku besar macam aku ni. Bukan apa, kalau makan tidak ada kawalan langsung ni boleh mendatangkan banyak mudharat. Jangan dilayan sangat nafsu tekak ni, nanti merana badan. Tetapi kalau diet yang terlampau sangat pun tidak elok jugak sebab boleh mendatangkan tekanan pada jiwa. Mana tidaknya, buatlah kata mengidam nak makan KFC la contohnya. Sudah 3 bulan diet tak makan kfc, nak la jugak rasa. Tapi sebab diet punya pasal, kena tahan la. Lalu depan KFCn meleleh air liur tahan nafsu. Pastu mulalah buat serba-serbi tak menjadi sebab teringatkan KFC tadi.Sesekali nak layan KFC tu apa salahnya. Yang tidak bolehnya selang 2 hari sekali. Jadi, pandai-pandailah pilih padanan diet untuk korang. Jangan sampao menyeksakan badan untuk nampak cantik sudah...