Dengan lafaz alhamdulillah, dapat jugak aku habiskan tahun 2008. Fuh.... tahun 2008 tak begitu baik bagi aku. Bak kata Linda Onn dalam bintang popular “ tahun 2008 tahun malang buat saya”. Tapi macam tu lah kehidupan. Tak semestinya mengikut perancangan kita. Tahun 2008 boleh dikatakan tahun 'sakit' bagi aku sekeluarga. Mula dengan Queen aku yang masuk wad, operate sebab abcess. Lepas tu anak aku pulak masuk wad 2 kali tahun ni..PUSRAWI lagi... Itu yang masuk wad. Yang demam ti tak usah nak cakap la.. tiap-tiap bulan mesti demam. Sampai kurus cenkeding Zidane (kesian betul). Semuanya gara-gara broncolitis. (asma). Tapi selepas pengasuh jaga. barulah okey. Dia pun makin berisi dan semakin nakal. Syukur lah... Aku..? boleh tahan gak la.. tahun ini saja aku berjaya mengutip 8 mc. Tak pernah sepanjang kerjaya aju kat sini asyik sakit jek.. nak buat macam mana dah sakit. Petanda semain tua dah aku ni. Tapi padan muka company kedekut sangat nak bagi x gratia lebih kat aku. maintain 9=0 MC pun hampeh... (ni nak kena cari kerja lain dah ni..)
Kedudukan ekonomi 2008 aku pun tidak begitu memberansangkan. Pelaburan banyak tapi pulangan tidak begitu memberangsangkan. Suntikan modal tidak begitu membantu perkembangan ekonomi. Sebab tu lah banyak peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar.. Harap-harap tahun 2009 ni, ekonomi dijangka pulih sepenuhnya. Pakej rangsangan ekonomi dan suntikan modal pun dijangka dapat diperoleh pada tahun ini. jadi bolehlah mengurangkan defisit perbelanjaan dan dapal membina bangunan pencakar langit. Budget 2009 yang lebih 'mesra rakyat' pun dijangka akan dapat dibentangkan. (kalau korang tak faham, tak payahlah nak fikir-fikir). Wakakaka....
Dalam banyak-banyak pengalaman, satu pengalaman yang amat bernilai bagi aku pada tahun 2008 ni. Dan aku rasa pengalaman ini tidak boleh dibeli,disewa daripada sesiapa pun. Kecuali korang memilikinya sendiri. Korang bleh la cakap bawak honda civic 2.0 tu lebih best dari wira SE aku, makan kat Ali cafe lebih sedap dari Raja sup. Tapi pengalaman membesarkan anak lebih seronok daripada itu semua. Penat lelah, susah payah bekerja siang malam, semuanya berbaloi bila tengok anak sihat walafiat dan membesar didepan mata. Ye la.. dari meniarap sampai pandai berlari. Aku puas tengok Zidane membesar bagai Zidane. (aaiikk Zidane je ke.., adik dia bila nak kuar..??)
Hari ini sudah 4 hari ditahun 2009. Aku sudah ada matlamat yang aku gariskan pada tahun ini. Yang pertama-tamanya aku tak nak tinggal sembahyang sebanyak boleh. Rekod ibadat aku amat buruk tahun 2008. aku nak memperbaiki kedudukannya tahun ini. Yang keduanya sudah sampai masanya untuk aku cari kerja lain. jumpa keja yang gaji ngam, keja office hour, ada benifit sikit-sikit. aku blah (selamat tonggal vads) dan yang ketiga, aku nak mengurangkan defisit sebanyak mungkin. Sudah tiba masanya untuk aku bina pencakar langit aku sendiri. (kalau defisit banyak mana boleh bina?). Itu je matlamat aku pada tahun ini. Buat matlamat banyak-banyak pon belum tentu capai semuanya. Cukup tiga tu jelah..
Ashahrun

0 comments:
Post a Comment