Wednesday, January 7, 2009


Kereta Terpakai Ke baru?
Yang mana satu, kereta terpakai ke kereta baru? Itulah yang selalu difikirkan bila nak beli kereta. Dan kebanyakannya memilih untuk beli kereta baru. Kadar faedah yang rendah, maintenance rendah tambah-tambah pulak ada tu yang zero downpayment untuk loan 9 tahun. Sekarang ni yang sampai 12 tahun pun ada (Gila ape wat loan keta sampai 12 tahun). Jadi nak cari yang budget sederhana, kereta Malaysia lah yang selalu menjadi pilihan. Mana tidaknya, dengan budget RM700 sebulan, dah boleh pakai kereta sedan semewah Waja Campro Cps. Kalau nak beli Nissan Latio 1.6 atau Toyota Vios, tak dapat le RM700. Lain lah bayar downpayment RM 15,000.Tapi kalau dicongak-congak dari segi maintenance, budget dan kegunaan. Kereta terpakai pun ada ciri-ciri realibility, compatibility dan confortabilitynya yang tersendiri. Ape kereta baru tak rosak ke?.Jika dilihat dari sudut positif.Kereta seperti ini memberi pulangan yang jauh lebih menguntungkan jika perkiraan dilakukan dengan betul. Kat sini aku ada beberapa panduan yang perlu diambil kira sebelum membeli kereta terpakai.
a) Budget dan jenis kegunaan kenderaan. Adakah ianya kegunaan seharian?. Memerlukan lebih tempat duduk/atau yang jenis bergerak hujung minggu je. Sebaik-baiknya senaraikan dulu keperluan kepada kenderaan yang hendak dibeli. Dengan ini,akan terdapat beberapa model yang ditawarkan dalam budget segment kenderaan yang dikehendaki.b) Risiko. Kos maintenance dan baik pulih. Adalah disarankan untuk membeli kereta daripada pemilik persendirian daripada kedai kereta terpakai.Kenapa Yeop??. Sebab. kalau berinteraksi dengan pemilik asal ni, urusan menjadi lebih telus/ jelas dan lebih terperinci. Bleh nak amik test drive beberape hari. kalau dengan salesman ni paham-paham jelah.. nama pun salesman. Besi buruk pun dia jual kalau laku.Berbalik kepada cerita risiko tadi. Risiko kerosakan adalah perkara kecil sebenarnya jika kereta tersebut dijaga dengan baik oleh pemilik sebelumnya.Kereta yang berusia 5 tahun SEPATUTNYA tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi melainkan menukar peralatan wear and tear dan juga service rutin. Kenapa 5 tahun? ye la... yang paling ideal untuk kereta terpakai 5 tahun la, maintenance pun masih rendah, pinjaman boleh nego lagi, keta pun tak out dated lagi. Lain la kalau nak beli EVO III atau posche boxter tahun 1998.c) Kaedah pengiraan. Cara untuk mengira kos belian adalah perlu dilakukan dengan manual. Ini kerana kadar faedahnya agak tinggi sedikit jika dibandingkan dengan kereta baru. Kos pembelian perlulah dikira harga ATAS JALAN (ON THE ROAD atau OTR).Kos pembelian termasuk proses penukaran hak milik, insurans dan yuran pemerosesan.Contoh;Harga Proton Waja tahun 2002 ialah RM 30,000. Jumlah pinjaman RM26,000. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% dan repayment period ialah 7 tahun. Maknanya faedah ialah 28% untuk 84 bulan.

Jadi 4% x 7(84 bulan) ialah = 28 %
RM 26,000 x 28 % = RM 7280 (faedah)
RM26,000 (pinjaman) + RM 7280 (faedah)= RM33280
(jumlah pinjaman +faedah)= RM33280 / 84 bulan = RM396 sebulan

Kesimpulannya, pada anda yang kurang ariff bab kereta nio. adalah digalakkan untuk membawa mereka yang mahir.Dengan pilihan yang bijak,anda mungkin berjimat puluhan ribu daripada memberi kereta baru. ( Tengah pikir ni, nak amik Toyota Altis 1.8 G tahun 2004 atau Perdana V6 tahun 2006).

0 comments:

Post a Comment