Apa makna muzik pada kalian?. Ada orang menganggap muzik itu hanya untuk memenuhi hawa telinga bila kebosanan. Tak kira apa tajuk lagu, siapa penyanyi. Asal sedap didengar kira okey laa. Tapi ada pulak orang yang berpendapat muzik dan lagu itu ada sejarahnya yang tersendiri. lagu itu mengingatkan tentang itu, lagu ini mengingatkan tentang peristiwa ini. Sebab itu kadang-kadang ada mat-mat jiwang boleh menangis bila dengar lagu ( menyangkut la tu..). Tak kurang jugak sesetengah orang yang berpendapat lagu itu adalah pihak ketiga untuk menyuarakan hasrat terpendam. Sebab itulah kalau malu nak cakap. tulis atas kad ucapan ke, email ke lagu mana yang rasa kena dengan hasrat hati. (malu tapi nak jugak..) Walau apapun pendapat orang ramai. Apa yang aku tulis semuanya betul. Dan sebab ada permintaan yang sebeginilah muncul komposer-komposer baru, penyanyi-penyanyi baru, genre -genre baru serta lagu-lagu baru saban hari. (walaupun belum tentu lagi sedap ke tak sedap lagunya) bagi memenuhi permintaan tersebut.
Bagi aku, muzik dan lagu amat subjektif. ianya memberi bermacam-macam maksud. Terpulang kepada individu untuk menilainya. Sebenarnya aku sendiri pun tak boleh nak bagi tahu kenapa yang aku minat sangat dengan lagu. Sejak dari tingkatan 1 lagi, bermula dari zaman kaset yang berharga RM 6.50 hingga kezaman mp3 sekarang. Aku tak tahu berapa ribu lagu dah aku kumpul. Bermula dengan kaset 4U2C, sampai lah download pakai MIRC dan blogspot. Pada pendapat peribadi aku. lagu dan muzik ini adalah satu seni yang amat universal. Pelbagai-bagai rencah kehidupan boleh dikaitkan dengan lagu. Apabila aku dengar sesebuah lagu, aku akan teringat keadaan akan keadaan /situasi pada masa itu. Dimanakah aku, apa yang aku buat dan bermacam-macam lagi lah. Pendek kata, aku dapat bercerita tentang sesuatu apabila aku dengar lagu. Sebab itulah setiap lagu yang aku kumpul/simpan. Aku letakkan datenya dan aku susun elok-elok buat koleksi. (Ni kalau tahu pihak copyright mampus la kena saman). Ada sesetengah orang lebih sukakan penyanyi daripada lagu yang dia nyanyi.Kira macam idola la ni. Ada pulak tidak kira siapa penyanyi tu, asal sedap didengar kira okeylah untuk berkaraoke.Aku..? Aku suka kedua-duanya. tapi takde la sampai peringkat jadi Idola. Ada jugak la penyanyi dan group yang aku suka, aku kumpulkan lagu-lagunya yang best-best. buat kompilasi.
Akhirulkalam. Tidak dapat tidak. Kita semua meminati lagu. Tak orang tua (teringat pakcik kat office aku yang minat giler, sanggup donlod pakai limewire), muda malah kalau tanya pak lebai sekali pun,dia juga minat lagu (masa dia muda-muda dulu la). sebab apa? sebab itu ialah salah satu fitrah manusia. Fitrah manusia yang mencari-cari bentuk hiburan. CUMA... terpulang kepada individu untuk menentukan fitrah itu satu kehendak atau keperluan agar ianya tidak melalaikan. fikir-fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment