Sunday, February 22, 2009

I AM BUSY

Sejak masuk tahun baru ni, aku agak sibuk dengan kerja sampai tidak sempat untuk update blog aku ni. (nampak cam hampeh jek). Banyak benda dan peristiwa yang berlaku semenjak dua menjak ni. Global dan local. Aku...??? macam ni jugak la, busy pasal kerja memanjang.Tapi duk takat tu jugak, kalau ade kerja kosong tolong bagi tau.. Sesuatu yang amat menyentuh hati aku baru-baru ini ialah apabila Mat Din (member sekolah, se universiti, sekerja tapi dia bos aku kuli jek ) memperkenalkan blog bekas pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) geng 1991-1996. www.mml9196/blogspot.com. Terharu, kenangan mengusik jiwa bila melihat member-member lama. Boleh dikatakan semua member-member ada di blog tersebut.Tak sabar-sabar bertanya khabar, diaorang semua duk mana ek..? Ada yang dah lebih 10 tahun aku tak jumpa. Khairi Yazid contohnya, ni best friend aku masa sekolah-sekolah dulu. Last sekali aku jumpa dia masa amik result spm. Lepas tu terus menghilang tak jumpa-jumpa sampai sekarang.Tapi bila bukak blog ini baru jumpa dia balik.Dulu cenkeding jek kurusnya, sekarang, tengok pada gambar dalam blog tu, lebih kurang aku jek.(muhahahaha...)Itu baru Khairi. Ramai lagi geng-geng lain. kalau diarang buat reunion lagik, aku nak itu ( Mat Din habis reunion baru nak bgtau aku )
Lucu rasanya tengok senario politik yang berlaku di Perak. Yang dicanang-canang melompat, akhirnya dia yang kena lompat. Itulah, ketuk dulang paku serpih. Tengoklah sekarang siapa yang lebih. Aku sendiri pun tidak tahu siapakah yang jadi penderhaka dan siapakah yang sebenarnya pahlawan. Tapi bagi pandangan peribadi aku. Teorinya adalah sama. Kalau pihak mana pun yang duduk di tempat lawan akan melakukan perkara yang sama. Katakan jika PR berjaya dengan cita-citanya membentuk kerajaan idaman selepas berjaya memujuk MP dari parti pemerintah melompat ke PR. Nescaya mereka juga akan melakukan perkara yang serupa dengan apa yang kerajaan baru BN buat di Perak.Malah selepas 16 September 2008. Anwar Ibrahim dengan penuh keyakinan telah melaungkan amaran supaya Pak Lah tidak membubarkan Parlimen dan tidak menyebabkan huru-hara supaya peralihan kuasa dapat dilakukan dengan aman. Dia juga ada menyatakan akan berjumpa dengan Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan untuk meminta perkenan kerajaan baru pakatan Rakyat yang dicanang-canangkannya. Bagi beliau, kerajaan rakyat sudah bersedia untuk memerintah. Rakyat sudah bersuara untuk melihat corak pemerintahan baru yang lebih Liberal. Tengok sekarang ini apa sudah jadi..?Kerajaan negeri dibawah PR pulak yang kena tibai. Dah la tu, boleh pulak kata cara peralihan yang dilakukan amat kejam dan tidak mengikut perlembagaan. Sedangkan dulu dia yang duk canang-canangkan. ( Boleh percaya ke orang macam ni?). Seperti yang aku cakap dari mula lagi. Patern/teori pengambilalihan tetap sama. Cuma yang membezakan ialah siapa cepat dia dapat. Itu saja kesimpulannya. Dalam kes ini,kerajaan BN nampaknya lebih cepat menggunakan teori itu keatas situasi di Perak.PR gigit jari la. Lepas tu mulalah nak hebohkan kerajaan yang dipilih rakyat lebih nerkuasa daripada Tuanku Sultan. Diarang lupa dulu masa bentuk kerajaan negeri. 2 minggu tertangguh sebab mencari calon yang sesuai untuk mendapat perkenan Sultan untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Kalau betul pada masa itu hendak membentuk kerajaan rakyat. Kenapa tidak pilih saja wakil daripada DAP. Kan DAP banyak menang kerusi DUN?. Kerajaan rakyat la konon. Lepas itu timbul pulak hero malaya dengan berlagak nak saman Sultan. Memang kecoh... Aku bukannya sokong sangat parti pemerintah. Aku tidak kisah kalau yang jadi pemerintah itu datangnya dari Ketuanan Melayu sendiri ( sebab ni tanah melayu). yang menhormati Raja-Raja melayu. Dah la dulu hero ni jugak yang cabar ketuanan Melayu,sekarang ini nak cabar kedudukan Sultan pulak.Aku tidak tahu corak pemerintahan dan keadilan yang macammana yang dicari PR. Cuba tuan-tuan bayangkan. Pakatan yang belum jelas perlembagaan pakataannya,yang belum nyata cara perkongsian masanya secara tiba-tiba menjadi kerajaan pemerintah. Takkan YB Karpal Singh nak jadi menteri kebudayaan..?. Takkan YB Lim Kit Siang nak jadi menteri perpaduan masyarakat..?. Dato' Seri Haji Hadi pun tak nak jadi menteri sains dan inovasi?. Persoalannya, dimanakah Melayu pada mada itu.. Ambil masa, fikir-fikirkan. Bulan April ni menyaksikan dua lagi pilihan raya kecil yang bakal diadakan. Satu kerusi DUN di Bukit Selambau dan satu lagi kerusi Parlimen di Bukit Gantang. Silap-silap DUN Bukit Lanjan pun akan ada pertandingan. Kita tengok siapa yang berjaya menawan bukit-bukit tersebut. Tapi bagi pandangan peribadi aku. PR akan mengekalkan rekod bersih memenangi pilihanraya kecil. SEBAB...??. Mereka telah berjaya mewujudkan persepsi yang negatif terhadap parti pemerintah dan juga persepsi positif terhadap identiti mereka. Walau banyak mana pun propaganda yang akan dilaungkan oleh BN, aku percaya mereka tidak dapat menandingi pengaruh yang telah disebarkan oleh PR. Bukan silap percaturan, tetapi strategi kurang mengena. Sebab dalam politik, persepsi memainkan peranan penting dalam menentukan kekuatan pengaruh. Betul salah, besar kecil, penting atau tidak. itu nombor dua. Nombor satunya siapa yang berjaya membawa persepsi yang berkesan, dialah bakal pemenang.Sebabnya itulah lanskap politik di Malaysia.( Kan aku cakap, aku bukan sokong parti pemerintah ).
Kita tingaal dulu bab politik yang tidak menguntungkan ini. masuk ke bab lain. Hari Jumaat yang lepas 06/02. Buat pertama kali dalam sejarah melayu. Agi gi mancing. Sesaje aku ikut member office pergi memancing ikan siakap, aku pun join sekali. Mula-mula tu memangla hampeh giler, Dari ikat umpan sampailah baling joran. First time baling sangkut kat bumbung. nama pun first time. Member aku ni gelak giler...Tapi sekali itu je, lepas tu aku balingan aku makin hensem. Baling je la pandai, mancing sampai pagi pun tak dapat ikan gak. Agaknya kena pergi skali lagi kot. Member-member aku ade la dapat siakap. 4 ekor kesemuanya. Sekor yang kecik diaorang bagi kat aku ( Thanks Farid). Kecik-kecik pun 1.5 kg gak. jenuh gak aku sefamili nak habiskan. Baki 2 ekor tu kitaorang kenduri pada malam keesokan harinya.Ikan dah la 2 ekor, besarnya 2kg pulak tu. Sekor masak 3 rasa sekor lagi masak sweet & sour. Call jugak member-member lain untuk join kenduri tu, tapi takde sorang pun datang. Apa lagi, dengan kekuatan 5 orang (shahir emi tu kira 2 laa),kami dapat menghabiskam ikan-ikan tersebut. Aku rasa macam nak muntah tengok ikan siakap. siang malam makan siakap. Tengoklah dua tiga bulan lagi, kalau rasa nak makan baru aku pergi mancing lagi.
Aku rasa cukup setakat inilah dulu update aku buat kali ini. Nanti kalau ada kelapangan, ada modal nak tulis aku akan update lagi. Dalam kepada ini banyak benda nak buat. nak susun mp3 punya storage la, nak update resume la. Macam-maca lagi. Tapi kalau dah bukak Pc, bukak fifa08, abeh semua hilang. Emie la ni, pandai-pandai jek install FiFa08 kat pc aku. Dah tak leh nak concenrate keje daaa...

No comments:

Post a Comment