Sunday, February 22, 2009

Tolong....tolong....

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi mungkin selepas korang baca, baru korang tahu apa tajuk yang sesuai. Korang pernah tak tolong orang?. Tidak kiralah macammana jenis pertolongan yang korang berikan. Apa sebenarnya niat korang apa bila tolong orang. Adakah kerana sebab member?, atau kesian atau memang ikhlas nak tolong?. Dan satu lagi, kalau korang dah sanggup nak tolong orang, macammana korang tolong orang yang memerlukan pertolongan itu. Adakah korang sekadar melepas batuk ditangga je ke..? tolong stakat boleh, dah tak boleh nak buat macammana.. atau pun tolong dengan penuh rasa tanggungjawab sampai korang rasa puas hati dengan pertolongan yang diberikan.
Bagi aku, senang je. Kalau ada orang yang nak mintak tolong, aku akan tolong dengan sepenuh hati. Sampai aku rasa puas hati dengan pertolongan yang diberikan. TETAPI, sebelum itu, aku nak jugak tahu pertolongan yang macammana yang orang nak. Kalau dah tak mampu aku cakap je la tak mampu. kalau ada member yang nak pinjam 5 juta takkanlah kata boleh pulak?. Tapi kalau aku dah sanggup nak tolong. Maknanya aku dah ambil satu tanggungjawab untuk melaksanakan harapan orang yang minta pertolongan itu. Sebab itulah kena buat betul-betul. Cuba korang fikir betapa kecewa frust giler nya orang yang memerlukan pertolongan itu kalau korang buat main- main dengan pertolongan yang diberikan. kalau aku.. MEMANG AKU FRUST GILA... Sebab masa nak hulurkan pertolongan dulu, cakap semuanya boleh, bila dah sampai separuh jalan, cakap tak boleh pulak. Patutnya dari awal lagi la cakap samada boleh tolong ke tak boleh tolong. Cakap biar terang, " see what I can do" atau " Of course I can do ". Tak ada issue nak jaga standard ke, nak jaga hati kawan ke. Sebab penhujungnya dikemudian hari mungkin lebih teruk. Bagi aku, bila orang dah janji nak tolong, aku harap orang itu akan tolong dengan serious. Kalau nak tolong separuh jalan pastu buat alasan busy... alamatnya setakat tu lah aku kawan dengan mamat tu. (tengah bengang nak marah dengan sorang mamat ni.)

No comments:

Post a Comment