Kalau tidak kerana adik aku. Aku tidak mahu untuk menulis tentang buli ini. Sebab kecik-kecik dulu pun aku kena buli jugak. Tapi takde la seteruk budak sekarang kena buli. Munggu lepas, boleh dikatakan hari-hari keluar cerita pasal adik aku. sekali pikir, nak je aki balik KB, pergi belasah budak tu. Dammit... Ceritanya macam ini. Mengikut penceritaanmangsa (adik aku). Dia telah menegur sorang budak (yang agak samseng) yang sama kelas dengan dia. Sebab budak ini bising sangatdalam kelas. Adik aku ni pengawas. Selalunya dia buat tak tahu je dengan budak ni. Walaupun budak ni selalu mengejek-ngejeknya. Tetapi pada hari itu, budak ini buat bising masa subjek kegemaran adik aku. Dah la duduk dibarisan hadapan kelas. Adik aku tegurla. Lepas itu cikgu suruh dia pindah duduk dibarisan belakang. Rakan-rakan sekelas lain mulalah mentertawakan dia.Maka tercetuslah dendam kesumat dengan adik aku sebab gara-gara teguran adik akulah dia ditertawakan. Kepala samseng kampung dusun mana boleh kenan ejek. Selepas sekolah, dia kumpulkan beberapa sukarelawan yang sekepala dengan dia untuk belasah adik aku. Dia nak belasah sorang tak berani sebab adik aku ni besar pada dia.nak dijadikan cerita, hari Ahad lepas iaitu hari akhir adik aku kat sekolah itu. Keesokan harinya dia dah masuk sekolah teknik.( memang cita-cita dia ni). Jadi sikepala samseng ini dengan geng-geng dia tunggulah adik aku diluar kawasan sekolah. Sampainya adik aku ditempat yang ditunggu, dibelasahnyalah. Kalau satu lawan satu tak ape, ini enam lawan satu mana adil. Ultraman pun kalah (kata anak aku Zidane). Agak teruk jugakla kena belasah. Disepak, diteranjang,ditampar dam macam-macam lagi. (Tak sanggup aku nak bercerita panjang. Nanti aku pulak yang naik angin). Yang nasib baiknya ada sorang makcik yang kebetulan lalu dekat situ meleraikan ensiden itu sebelum menjadi lebih ganas. Lepas geng samseng itu lari, adik aku pun baliklah kerumah dengan keadaan yang teruk. baju seluar yang koyak,lebam sana-sini dan dia trauma. Bapak aku pulak baru saja balik dari Gua Musang. Penat drive kereta 3 jam pun tak habis lagi,terus bawak adik aku pergi buat laporan Polis kemudian buat medical check up. Sepupu aku pulak pergi laporkan kejadian tersebut ke media cetak. Apa lagi, keesokan harinya gemparlah satu malaya pasal kisah ini. Ayah aku marah bukan kepalang. Yelah orang belasah anak bongu dia mana dia tak marah. Dah la ramai pulak tu. Pada hari perjumpaan dengan Pegawai PPD,Polis,Guru dan Ibubapa. Menurut mak aku. Ayah aku bantai kaw-kaw. Bukan sahaja Mak Bapak budak tu je yang kena, Cikgu sekolah pun turut kena tempiasnya. Ayah aku cakap pihak sekolah sepatutnya sudah mengambil tindakan sejak dari dulu lagi. Jangan tunggu sampai ensiden ketiga baru nak bertindak. Memang kelakar. Rupanya adik aku itu mangsa yang ketiga dibelasah oleh geng yang sama dalam masa sebulan. Maknanya sebelum ini dah ada yang kena belasah. Cuma tiada laporan yang dibuat. Perjumpaan yang pertama tidak mencapai apa-apa kata putus sebabnya bapak aku masih belum fikir lagi apakah bentuk tindakan yang mahu diambil. nak serah kepada polis ke, atau nak ambil tindakan di mahkamah ke, atau nak bagi kat aku suruh tibai balik. Sekarang ini Alhamdulillah. Adik aku sudah kembali normal. Dia ooun diberitakan seronok memulakan kehidupan dipenempatan baru di Sekolah Teknik Pasir Mas. Pihak sekolah dan rakan-rakan telah memberi jaminan yang mereka tidak akan berkompromi dengan kes-kes yang semacam ini.Itu kata bapak aku la. Tapi bagi aku, dendam kesumat masih belum reda. ( Aku ni pendendam). Kalau boleh, bila aku balik ke Kota Bharu nanti. nak je aku jumpa sorang-sorang. Saja nak kenal muka supaya senang nak pilih mangsa untuk aku langgar lari nanti. Kali ini tak ape mereka terlepas. Bak kata orang-orang tua. Ada ubi ada batas, ada hari aku di Kota Bharu, akan aku balas.. YAK DISHHH......
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment