Kalau aku tanya korang. Apakah perbezaannya diantara mengumpat, mengata, cakap belakang atau mencela?. Bagi aku, semuanya sama sebab semuanya datang dari mulut. Semuanya sama sebab datang dalam satu pakej dan tidak dijual berasingan. Sebab semuanya ada kaitan diantara satu sama lain. Agak cacatlah kalau ada satu sahaja komponen dalam set pakej tadi atau pun semua komponen pakej ada cuma satu sahaja yang tidak ada. Selalunya, set pakej tersebut boleh mendatangkan kemudharatan yang serious kerana ianya boleh menyebabkan ketagihan. Sekali bercakap, esok nak cakap lagi. Lusa nak cakap lagi dan begitulah seterusnya. Lebih kurang macam perokoklah ketagihannya.. Tak makan pun tak apa. Asal dapat rokok pun jadilah. Begitulah juga dengan wabak ini. Tak makan pun tak apa. Janji ada bahan untuk ditokok tambah supaya penceritaan itu menjadi lebih menarik. Kalau sehari tidak ada wabak tersebut. Maka rasanya macam tidak lengkap 24 jam. Ada banyak tahap keseriousan tentang wabak penyakit ini. Bagi ditahap beginner atau diperingkat awal. Kesannya tidaklah begitu bahaya sangat. Masih boleh dibanteras dengan bekalan ubat-ubatan yang diambil mengikut jadual. Selalunya pesakit bukan seorang pembawa virus. Cuma penokok tambah atau pendengar yang setia. Cerita yang disampaikan cuma habis disitu sahaja dan tidak dimediamassakan kepada orang lain. Pesakit-pesakit begini banyak tidak selalu memenuhi wad-wad kerana proses pemulihannya yang amat cepat. Pesakit tahap kedua ialah intermidiate iaitu tahap pertengahan. Pesakit ditahap ini amat bahaya jika dibandingkan dengan pesakit tahap beginner tadi. Sebab kadang-kadang ianya boleh menjadi pembawa wabak. Bergantung kepada kehangatan topik yang dibawa samada sensasi atau tidak. Namun begitu pesakit ini masih ada jalan untuk disembuhkan. Tidak perlu pengambilan ubat-ubatan yang banyak. Cuma perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, mesra dan bebas dari wabat-wabak tersebut. Pesakit ditahap ketiga iaitu tahap kronik ini memang bahaya. Sudah tidak ada penawar ataupun ubat-ubatan yang mampu menyembuhkannya. Kecuali kesedaran itu datang hati dalam (pernah berlaku dalam sesetengah kes). Pesakit tahap ini memang pembawa wabak. Kalau bukan pembawa wabak pun, ianya akan bertindak sebagai tambahan kepada wabak yang dibawa oleh pesakit lain. Ianya boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Jika wujud pesakit ini dalam satu-satu kemuniti, ia mampu menyebarkan wabak secara solo dan juga mampu untuk menarik mangsa menyertainya. Pesakit tahap ini memang responsif terhadap keadaan sekelilingnya. Ini kerana ianya merupakan sumber kepada topik ataupun modul untuk di sampaikan. Sehinggakan yang lalu didepan mata pun boleh diulas setebal buku. Kalau setakat khidmat nasihat atau kaunseling memang tidak boleh dipakai langsung terhadap pesakit ini. Ini kerana dialah wabak yang paling sempurna. Yang paling raja dikalangan wabak-wabak lain. Sebab itulah dia berupaya untuk membuat penyebaran yang luas dan mempengaruhi orang lain.
Itu baru bincang bab tahap/ level-level keseriousan. Belum masuk bab ciri-ciri lagi. Korang rasa apakah ciri-ciri pengidap wabak ini. Sebenarnya banyak ciri-ciri yang korang boleh kenali pesakit ini. Ciri-ciri yang biasa yang semua orang tahu macsm yang dibincang tadilah. Ketagihan yang melampau. Faktanya, dalam satu hari mesti ada topik untuk dibawa mengumpat. Kalau tidak kecil,besar. Kalu tidak besar, kecil. Kalau korang tidak percaya.Cubalah buat kajian sendiri. Selain daripada itu, pesakit amat gemar untuk mengulas topik-topik yang berkenaan dengan keburukan orang. Habis orang itu, orang ini pulak yang diulaskan. Korang jangan terkejut kalau sabahat rapat korang juga merupakan pesakit wabak ini. Siap-sedialah korang, habis sampai kedalam seluar dalamlah didedahkan. Tapi jangan bimbang, sebabnya pendedahan hanya berlaku dikalangan pesakit-pesakit wabak sahaja. Paling teruk pun kepada individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pesakit.Ciri-ciri yang ketiga ialah pesakit ini ada sindrom hipokrit. Memang hipokrit kelas satu. Pesakit ini boleh manis mulut depan orang, baik dan boleh dibuat teman rapat. Tapi dibelakang , terutamanya bila dikalangan pesakit-pesakit lain, begitu hebat mereka bercerita. Sehingga ke setiap detail yang korang ceritakan . Dia dapat menghuraikan dan menceritakan dengan baik kepada orang lain. Ciri-ciri keempatnya ialah double standard. Sebagai contoh. Jika sesuatu ensiden berlaku kepada individu lain. sebagai contohnya koranglah, habis satu kampung dicanangkan cerita itu. Padahal tidak ada kaitan pun dengan dia. Kalau tak jaja pun dia tak rugi apa-apa. Tapi nak buat macammana, nama pun pesakit. Tapi kalau perkara yang sama berlaku atas batang hidung sendiri. Dia buat tak tau je. Buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Bahkan dia akan marah kalau orang lain duk bercakap mengenainya. Dia lupa, masa dia duk bercakap pasal orang lain pun. Bukannya orang itu ada hutang dengan dia. Ciri-ciri yang terakhir ialah korang jangan pandai-pandai nak tegur, bergurau dengan pesakit ini kecuali kalau dia mulakan dulu. Sebab akibatnya akan dibalas balik dengan kata-kata yang boleh menyinggung dan menyakitkan hati. Siapa yang malu (Lu Pikir La Sendiri). Jadi untuk mengelakkan tragedi tersebut daripada berlaku, senang saja. Yang mana pakai kain, jaga tepi kain sendiri. Yang mana pakai seluar, jaga tepi seluar sendiri. Tak payah duh sibuk-sibuk duk jaga tepi kain/seluar sorang. Omputih kata MIND YOUR OWN BISNESS.
Kalau nak bincang bab ciri-ciri ni, lusa pun tak habis. Jadi kesimpulannya. Wabak ini amatlah menjijikkan. Sebabnya wabak ini menjadi parasit dalam komuniti kita. Tidak perlulah aku huraikan dari sudut agama sebab aku rasa semuanya beragama Islam. Dan semuanya tahu, sembahyang sampai lebam dahi pun tak guna kalau ngumpat sama banyak. Tetapi ada jugak orang yang menggunakan hukum- hakam untuk menhalalkan virus ini. Double standard betul. Aku pun sebenarnya bukan baik sangat. Aku pun pernah jugak menghidapi virus ni. Keturunan aku pun bukannya datang dari keturunan malaikat. Aku juga pendendam. Sekali orang buat onar dengan aku, sampai mati aku akan ingat. Sebab itulah aku karang issue ini. Paling kurang pun, bila aku baca balik. Aku akan lebih berhati hati supaya tidak terjebak. Dosa sendiri pun tak tertanggung. Ni kan pulak nak tanggung dosa orang. NA'UZUBILLAH. Aku tulis ini untuk renungan aku sendiri. (Nama pun blog aku, ikut suka hati aku la nak tulis apa). Kalau ada yang membaca, lihat dari sudut positif untuk muhasabah diri. (Silap-silap apa yang aku tulis ni pun boleh jadi bahan. Panas cuping telinga la tu ). Akhirkata, Ibarat Sabda Rasulullah S.A.W " berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan,jauh jauhlah kamu kepada kemungkaran). Oleh itu, sebar-sebarkanlah terutamanya terdapat pesakit ini dalam komuniti kalian.
0 comments:
Post a Comment