Thursday, March 19, 2009

Shahrun Goes To Traning

Satu minggu diminggu lepas aku tidak masuk office. Kena training kat luar. Management panggil PIP training. Training ini berkaitan dengan praktikaliti pemasangan internet jalurlebar dari A sampai Z. Walaupun tidak 100% berkaitan dengan aku. Tapi aku rasa ada patutnya untuk aku turut serta dalam latihan ini. Best jugak sekali-sekala keja diluar office ni. Training ini pada dasarnya mendedahkan staff kepada pemasangan streamyx bermula dengan pemasangan telefon. Aku berpeluang untuk buat jumper pemasangan streamyx di MDF (Main Distributor Frame ) di exchange TTDI. Disamping itu, mereka juga menerangkan flow, tataperjalanan dari kabel telefon, kemudian masuk kepada ibusawat DSLAM (Digital Subscriber Line Access Multiplexer) sebelum keluar ke BRAS (Broadband Remote Access Server) . Bunyi macam senang je. Tapi tidak mudah untuk dilakukan. Aku pun dua tiga kali jugak blur sebelum dapat gambaran yang jelas. Tetapi aku dapat pengalaman yang begitu berharga. Sebelum ini aku tidak tahu untuk membaca SAMS Order detail.Reti buat order je. Detail order sepatah haram pun tak tahu. Tapi sekarang ini tidak lagi, aku sudah pandai untuk membaca ADSL pair, Si/Sa in out sampai baca VCI IPDslam pun aku tahu.(hahaha...). Selain daripada process flow, aku juga ikut RNO team pergi site customer. Handle TR Streamyx dan Phoneline daripada exchange sampai ke rumah customer. Dalam 5 buah rumah customer yang aku pergi. Hanya satu sahaja yang betul-betul ada masalah. Lagi empat tu semuanya customer equiptment problem. Salah masuk splitter la, salah configure dialer la, internal wiring la. Itulah, masa agent first level suruh troubleshooting tak nak buat betul-betul. Pastu kena tunggu RNO datang. Dah rugi dua tiga hari tak dapat internet. Sape rugi, mereka dan keluarga mereka. keluarga aku tak rugi apa-apa.
Setelah dua hari aku on site (belajar praktikal plus ngular sikit-sikit). Hari yang ketiga ada kelas teori. Yang mana aku rasa agak penting juga untuk dipelajari. Tambahan pulak dalam kelas itu hanya ada tiga orang murid tua (termasuk aku). Kalau tak beri perhatian malu la kat budak-budak. Tambahan pulak, berpeluang untuk belajar dengan lebih terperinci daripada orang yang lebih berpengalaman. Tetapi aku sedikit kecewa dengan perilaku TL first level yang sekelas dengan aku ni.Aku tahu knowledge dia orang dalam bab teknikal ni kurang (lebih kurang aku je ). Tapi perangai ngalah budak yang baru belajar. Dengan buat bisingnya, pastu buat joke masa instructor bagi penerangan kat depan. Diaorang sepatutnya malu la sikit. Kalau tidak malukan kat aku pun, malu kat budak-budak lain. Ini tidak, dia pulak yang lebih-lebih. Tak sedar diri langsung yang dia itu TL. Itulah tabiat orang Malaysia. cakap je KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN. Tapi tidak ada tauladan pun boleh jadi ketua. Berbalik kepada kelas teori. Dalam masa tiga hari itu macam-macam yang aku belajar.Daripada nerwork diagram, troubleshooting yang betul dan last sekali, hands on modem configuration.
Kesimpulan daripada training 5 hari yang aku pergi. Aku puas. Tetapi kalau dua buat 10 hari pun tidak ada masalah.Banyak ilmu-ilmu, tips and tricks yang aku belajar dari orang-orang yang berpengalaman. Kalau setakat Pizi yang poyo tu tanya troubleshoot slow throughput/ modem no connectivity tu kacang je nak jawab. Over all baguslah. Aku suka pergi training-training yang macam ini. Lain kali buatla lagi, hahahaha.....

0 comments:

Post a Comment