Wednesday, April 15, 2009

Aku Dan Bos

Kalau korang diberi kuasa atau power untuk customize Bos korang. Bos yang macammana yang korang nak. Yang senang nak ampu ke ?. Yang boleh dirasuah ke ?. Yang kerja cincai-cincai ke ataupun yang melayan segala permintaan korang ?.( Ikutlah orang nak kata apa, apa aku peduli?). Agak-agaknya yang jenis macammana yang korang nak ?. Kalau tanya aku,semua yang diatas aku nak. Kerana ianya akan menyenangkan kerja aku setiap hari. Tapi sayang, semuanya tadi itu impian pekerja-pekerja yang bekerja dibawah arahan Bos-Bos. Hakikatnya tidaklah secantik yang diimpikan. Mungkin satu dua karakter tadi ada pada Bos korang tetapi tidak pada semuanya. Korang masih lagi kena struggle, putar belit atau kelentong Bos korang bila ada situasi demi untuk menyelamatkan periuk nasi karen korang. Tidak kiralah macammana cara yang korang pakai. Asal tidak terjerat batang leher sendiri. Sebenarnya ianya adalah satu skill atau kemahiran yang setiap pekerja perlu ada. Skill nak mengampu, membodek penting untuk menjamin kerjaya korang. Skill kerja tu ada 50% sudah memadai. Jika perlu, Bos nak makan apa pun korang patut tahu jika itu jalannya untuk korang membodek dan mengampu Bos . Kalau setakat habis seringgit dua tu takkan nak berkira sangat jika nak dibandingkan yang dapat riban-riban.
Sepanjang riwayat aku bekerja ini. Dah bermacam-macam jenis Bos yang aku jumpa dan bermacam-macam skill pekerja-pekerja yang dipraktikkan untuk memenangi hati Bos. Kalau setakat depan ampu bukan main, belakang kutuk berbakul itu biasa saja. Aku pun kadang-kadang macam itu jugak. Masa aku mula-mula kerja dulu lebih kurang 10 tahun yang lepas. Aku dapat seorang Bos yang tidak tahu apa benda yang kompeni dia buat. Dia boleh jadi Bos pun sebab dia banyak duit. Dia boleh buka company sendiri dan dia boleh bayar gaji pekerja-pekerja dia. Tapi kedekut tak hengat. Segala urusan dan operasi syarikat diserahkan bulat-bulat kepada kerani SPM sambil dibantu oleh dua orang anaknya yang selalu cari jalan nak tipu syarikat bapaknya sendiri. Aku sempat jugak belajar skill-skill daripada anak dia. Macammana nak tipu resit minyak dan resit maintenance kenderaan syarikat. Bos macam ini jarang nak ambil tahu hal ehwal syarikatnya. Yang dia tahu hujung bulan cek client mesti sampai ke mejanya. Kalau tidak alamatnya lewatlah gaji pekerja bulan tu. Bab kerja belasah saja nak buat macammana. Janji jangan sampai dapat report daripada client. Kalau tidak gaji mesti kena potong. Aku lebih suka kerja dengan Bos yang macam ini sebab dia tak pernah nak ambil tahu pasal kerja aku. Cuma satu saja masalahnya. Time nak claim punyalah susah. Kalau claim banyak sangat dia akan bayar dua kali. Aku juga pernah kerja dengan Bos yang strict gila. Pendek kata dia tahu perihal kerja dari A sampai Z. Tak payahla hendak kelentong. Setiap alasan yang diberi mesti dia sudah ada jawapan yang panjang dan lebar. Toleransi itu pilihan yang ke 18 yang dia ada. Kalau boleh dia jawab, dia akan jawab sampai aku terdiam dan tidak boleh bagi alasan lagi. Bos yang macam ini memang tidak disukai oleh orang-orang bawahannya. Nak ajak member pergi sedut nakotin pun susah. Semuanya kena buat sorang-sorang. Kalau dia ada masalah pun dia selesaikan sorang-sorang walaupun kita rasa kita boleh tolong selesaikan masalah dia itu. Tapi kalau dia ada masalah dengan korang.. Haa...siaplah.
Sebenarnya aku bukannya ada masalah sangat dengan orang yang berpangkat Bos ini. Banyak tempat yang aku kerja, tidak ada rekod buruk dengan Bos ini. Kalau Bos yang nak memburukkan rekod aku tu adela. Aku tahu, bila menjawat jawatan Bos. Tanggungjawabnya bukan senang atau semudah yang pekerjanya fikirkan. Dia perlu bertindak dan berfikir berlangkah-langkah kehadapan terhadap setiap keputusan yang diambil. Bukan macam kita, kita fikir dalam ruang lingkup kita saja. Kita tidak pernah fikir apa yang dia kena menjawab dengan Bos dia diatas setiap keputusan yang dia buat. Sebab itulah setiap keputusan yang dia buat. Walaupun mudah bagi kita tetapi tidak mudah bagi dia. Bukan senang nak jadi Bos ni. Kalau sebab nak jadi Bos sebab nak kejar gaji tinggi. Kat tempat aku pun bersepah. Jadi Bos tapi tanya itu tak tahu, tanya ini tak tahu, harap bercakap saja pandai terus boleh jadi Bos. Kualiti dan kriteria sebagai Bos langsung tidak ada. Macammana tak jadi haru biru. Tapi macam itulah senarionya ditempat aku. Yang betul-betul ada kualiti boleh bilang dengan jari kaki kanan saja. Yang lain itu sebab membodek lebih, mengampu pandai terus boleh jadi Bos. Kalau tanya pasal kerja, satu haram pun tak tahu. Ada yang jadi Bos tetapi MC 3 kali sebulan, itu tak termasuk EL lagi. Aku tidak menafikan ada juga Bos yang menggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya sendiri. Manipulasi setiap situasi kononnya nak tunjuk pandai tetapi dia sendiri pun tak tahu. Ada juga Bos yang mewujudkan blok-blok dikalangan pekerjanya. Yang mana dia suka tu, minta la menjadah haram pun semua dapat. Kalau ada cadangan dari blok yang sokong dia selalu diberi pertimbangan walaupun tidak munasabah langsung. Tetapi kalau blok yang dia tidak suka ini,semua benda yang diminta di tolak bulat-bulat. Kalau ada cadangan yang munasabah pun disimpan buat pekasam.Kalau korang dapat Bos yang keparat macam ini. Memang patut korang resign. Duduk lama pun tak guna. Bonus yang dia kata dapat pun dia boleh putar belit kata tak dapat.Nak tunggu apa lagi. Kalau korang ada kerja kosong bagitau aku dengan kadar yang segera. Esok jugak aku boleh start kerja.
Pada pendapat aku, aku bukannya demand sangat dengan Bos-Bos ini. Philosophy aku tentang Bos ini senang saja. Masing-masing tahu jaga tanggungjawab dan commitment masing-masing, itu saja. Seorang Bos harus tahu dan prihatin dengan tanggungjawab dia terhadap orang bawahan. Dan juga dia perlu ada pengetahuan dalam bidang tugas kuasa dia serta skop kerja orang bawahan dia. Dia juga perlu ambil tahu daripada A sampai Z setiap bidang kerja yang orang bawahan dia buat. Dengan itu barulah dia faham, takdela nak bagi arahan membuta tuli suruh buat tu buat ni.Dah la suruh benda yang orang tak boleh buat, lepas tu tanya feedback. Kalau tak menepati kehendak dia. Mula la nak marah. Padehal kalau suruh dia buat pun belum tentu jadi. Sebagai pekerja pulak, kenalah tahu apa tanggungjawab terhadap Bos. Tahu ruang lingkup bidang kuasa dan posisi dia. Ini tidak, macam-macam mintak dengan Bos. Sampai benda yang tidak masuk akal pun demand. Dah Bos bagi macam tu buat sajalah. Bukan dia tak bayar gaji pun. Ini tidak, demand lebih-lebih. Pastu tak puas hati, bukak meeting majlis mesyuarat tingkap. Nak sound Bos direct tak berani. Hampeh betul.
Akhirulkalam. Aku teringat pesanan ayah aku tentang Bos ini. Ayah aku dulu askar wataniah. Masa dia jadi prebet, dia selalu tidak puas hati dengan Sarjan. Dia kata Sarjan tak faham la, tak bagi buat itu ini la.. macam-macam. Ditakdirkan sebelum dia pencen, dia sendiri dinaikkan pangkat menjadi sarjan. Barulah dia tahu betapa besarnya tanggungjawab menjadi seorang sarjan. Setiap arahan yang dikeluarkan semuanya bersebab. Bukannya kerana tidak faham anak buahnya. Moral of the storynya, Jangan suka kutuk Bos sesuka hati (kecuali Bos korang tu memang kaki belit). Sebab tindakannya pasti ada sebab musababnya. Kalau tidak tahu kenapa dia macam itu, tanya dia directly. jangan main kutuk membuta tuli. Suatu hari nanti, korang juga akan menjadi Bos. Dan korang pun tak nak jadi Bos yang selalu kena kutuk.

0 comments:

Post a Comment