Buat pertama kali dalam sejarah tanah melayu. Aku menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini Jalan untuk aku kesana pun aku tidak tahu.Semuanya gara-gara perlawanan akhir piala F.A. Yang mana menemukan dua pasukan merah. Pendekar Merah dan Gergasi merah. Aku..? namapun anak kelantan, takkan aku nak sokong gergasi merah pulak!. Dengan semangat yang berkobar-kobar. Ake bersama penyokong-penyokong THE RED WARRIORS seramai 50,000 orang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.Sehari sebelum perlawanan, aku dengar cerita 20,000 tiket yang dijual di Stadium Sultan Muhammad IV habis. Sebanyak 200 buah bas ditempah untuk para penyokong. Itu tak termasuk yang datang dengan kenderaan persendirian lagi. Dan jugak belum termasuk kelantanese yang berada di perusuk tanah semenanjung. Fuh... memang ramai.
Aku, Mat Din dengan Faiz sampai di Stadium pukul 6.30 ptg. Nasib baik datang awal, sempat lagi jumpa parking walaupun hanya ditepi jalan. Lepas itu kami berjalan menuju ke stadium yang boleh tahan jauhnya. kalau parking dekat dengan stadium ni banyak masalahnya. Dah la nak masuk pun jem, nak keluar nanti pun jem jugak. Oleh kerana sampai awal sangat, maka kami pergilah makan di kafe berhampiran. Disitulah aku jumpa member-member lama. Kerry, P'lah, Miju antara member lama yang aku jumpa. Dah jadi macam reunion pulak. Dah berbelas-belas tahun tak jumpa, macam biasala. Topik pertama, semua duk kutuk aku yang semakin sehat. Sedar tak sedar hari sudah gelap. Selepas solat magrib diatas bendera kelantan (sebab surau penuh). kami semua berarak me pintu masuk stadium. Aku sempat lagi sambar T-Shirt The REDS WARRIORS. Baru nampak fanatik sikit.Tepat jam 9.00 malam. Perlawanan akhir piala F.A diantara Kelantan dan Selangor bermula.
Walaupun kemenangan berpihak kepada Selangor. Namun permainan amat seimbang. Penonton disajikan dengan perlawanan yang amat rancak dan sengit. Padat dengan aksi-aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan sehingga berlarutan kemasa tambahan. Walaupun Kelantan mendahului dengan tandukan cantik pemain tengah NurFarhan. Selangor berjaya menyama kedudukan 3 minit kemudian melalui ketua pasukan Amri Yahyah. Pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Ternyata pasukan Selangor lebih bersedia dalam tendangan penalti. Dan kemenangan berpihak kepada Selangor dengan kemenangan 4-1.
Walaupun Kelantan kalah pada perlawanan akhir Piala F.A. Rata-rata penyokong kelantan puas dengan semangat juang yang tinggi serta permainan yang menarik yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kelantan. Pendek kata, walaupun kalah, penantian selama 39 tahun untuk melihat pasukan Kijang beraksi seperti ini amat berbaloi. Sehinggakan aku sendiri tidak sempat duduk dikerusi. Tak puas bersorak sambil duduk, berdiri baru besh. Stadium nasional Bukit Jalil begitu gemuruh dengan sorakan padu penyokong-pengokong Kelantan yang memenuhi segenap ruang penonton. Belah penyokong Selangor nampak jugakla lopang-lopang kosong jika dibandingkan dengan kepadatan penyokong Kelantan.Walaupun kalah,Para penyokong kelantan telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti ensiden bakar kereta rusuhan. kalau setakat Citra sebijik pecah cermin tu apela sangat kalau nak dibandingkan dengan beratus-ratus kereta yang diparking dalam kawasan stadium, Lagipun sapa suruh parking dekat sangat dengan pintu keluar. Tahap disiplin yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan ini mungkin akan menjadi kredit kepada KAFA untuk membawa perlawanan tuan rumah balik ke Stadium Sultan Muhammad IV
Walau apapun, aku bangga dengan pasukan kelantan. Piala F.A bukan penamat segala. selepas ini masih ada 2 lagi piala yang menjadi rebutan semua pasukan yang bertanding. Liga super dan Piala Malaysia. Kelantan masih mampu menunjukkan aksi yang lebih hebat. Aku yakin kelantan akan ke final untuk kedua-dua piala tersebut. GOMO KELATE GOMO....