Wednesday, February 25, 2009

Diet Oh Diet

Semua makhluk diatas mukabumi ini kalau dah mengalami obesiti (macam aku) akan bercakap pasal diet. Zaman sekarang ini, bermacam-macam cara yang boleh digunakan melalui pelbagai-bagai sumber yang ditemui untuk menguruskan badan. Tak kiralah ianya berkenaan dengan cara hidup, gaya pengambilan makanan, nutrisi, pengambilan ubat-ubatan dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, dah ramai peniaga-peniaga dan syarikat-syarikat yang menjual produk kelangsingan ini dah jadi kaya raya.Cuma yang berjaya dengan produk tersebut amatlah kecil bilangannya.Dari dulu sampai sekarang, beribu-ribu produk ada dipasaran. Sampai aku pun confuse nak cuba produk mana yang betul-betul berkesan.Susah jugak badan besar macam ni. Bukan setakat tak hensem, nak cari baju pun payah.
Dalam banyak-banyak produk. Satu persamaan yang dapat diambil ialah, semuanya bersependapat dengan diet atau cara pengambilan makanan. Dengan erti kata lain, makanlah produk yang berharga 5 juta pun kalau tak diet tak jadi ape. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan. Semua jawapan adalah sama. Kalau tidak ada kawalan dalam pengambilan makanan dan tidak bersenam. Semuanya tidak berbaloi. Oleh sebab itu. Cara pengambilan makanan dan senaman adalah asas kepada diet itu sendiri. Terpulanglah, macammana gaya pengambilan makanan yang korang suka. Banyak petua-petua diet di internet. Sebagai contoh diet, ada yang mengamalkan corak pemakanan dengan tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ada juga yang mengamalkan diet dengan mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat, sayur-sayuran. Semuanya betul. Member aku sarankan diet yang berkesan ialah tidak menjamah nasi selama 44 hari. Aku tanya kenapa kena 44 hari. Dia pun tak tahu.Persoalan yang sebenarnya. Tahan atau tidak kita nak melawan nafsu makan untuk ikut diet tersebut. Susah jugak sebenarnya, tak semudah bagai dikata. Macam aku, kalau perut dah bersuara kata lapar. Dah tak boleh nak buat dan nak pikir apa dah. Nak tak nak kena makan jugak laa. Pastu bila dah kenyang baru bersemangat balik nak diet. ( tak yah gelak, korang pun sama jugak kan?) Jadi, kalau dah selesa mengikuti diet yang teranciang tu. Barulah kita boleh memilih untuk mengambil suplement/nutrisi lain bagi mengisi ruang-ruang kelaparan itu. kalau diet yang betul, tambah pulak dengan produk-produk diet yang berkesan. Tidak mustahil, kita akan dapat mengurangkan berat badan dalam tempoh yang amat singkat. Sebenarnya kalau diet tanpa sarapan pun sudah cukup untuk mengurangkan berat badan. Tapi lambat sikitla berbanding dengan diet beserta suplement/ nutrisi tambahan. Sebab diet sebenarnya merencatkan pemerosesan badan kita untuk menghasilkan tenaga. Maknanya kalau kita tidak menjamah makanan, mana datangnya tenaga untuk kita bergerak. Itu yang menyebabkan badan kita cepat letih dan tidak bermaya.Oleh sebab itu, pengambilan manakan gantian/nutrisi/suplement akan mengantikan zat-zat makanan yang hilang tadi untuk menghasilkan tenaga. Jadi kita tidak akan merasa mudah letih dan rasa bertenaga. macam inilah makanan gantian main peranan dalam diet management kita.Lepas itu kita akan dapat hasilnya. Jangan terkejut kalau selepas diet, berat badan anda boleh berkurangan sehingga 10kg. Pastu jangan tak maintain pulak. Ini tidak, masa diet ambil masa 1 bulan untuk turunkan berat badan. Bila dan nampak perubahan, gembira sangat sampai dah tak maintain. At last, naik balik dan yang paling buruk, lebih berat daripada sebelumnya.
Aku tidak kisah sangat pasal diet ni. Pada aku, mengambilan diet yang sistematik memang perlu tambahan lagi kalau dah badan macam aku besar macam aku ni. Bukan apa, kalau makan tidak ada kawalan langsung ni boleh mendatangkan banyak mudharat. Jangan dilayan sangat nafsu tekak ni, nanti merana badan. Tetapi kalau diet yang terlampau sangat pun tidak elok jugak sebab boleh mendatangkan tekanan pada jiwa. Mana tidaknya, buatlah kata mengidam nak makan KFC la contohnya. Sudah 3 bulan diet tak makan kfc, nak la jugak rasa. Tapi sebab diet punya pasal, kena tahan la. Lalu depan KFCn meleleh air liur tahan nafsu. Pastu mulalah buat serba-serbi tak menjadi sebab teringatkan KFC tadi.Sesekali nak layan KFC tu apa salahnya. Yang tidak bolehnya selang 2 hari sekali. Jadi, pandai-pandailah pilih padanan diet untuk korang. Jangan sampao menyeksakan badan untuk nampak cantik sudah...

1 comment:

  1. eh...bukan ke ko makan KFC selang sehari?
    hehehe!!!
    diet betul2 yeop speaker~

    ReplyDelete